Mahathir Tidak Mahu Datang Ke Pulau Pinang Kerana Guan Eng Baik Dengan Najib?

Share This:

Keengganan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Matahir Mohamad datang ke Pulau Pinang dan bersama-sama DAP bantu mangsa banjir adalah kerana Mahathir terguris hati lihat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menangis minta bantuan dari kerajaan Barisan Nasional (BN).

Lebih pedih, Mahathir marah apabila Guan Eng sudah boleh duduk bersila bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berpelukan, sudah boleh salam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Siapa tidak tahu, sekarang ini, dua orang pemimpin teringgi adalah musuh paling busuk bagi Mahathir. Kalau boleh agaknya, nama Najib dan Zahid Mahathir enggan dengar langsung.

Ahmad Zahid sebelum ini mengkritik Mahathir dengan nama dalam kad pengenalan asalnya dengan nama bapanya yang berasal dari Kerala, India. Dengan Najib, Mahathir sudah keji asal keturunan Najib iatu berdarah keturunan Bugis.

Jadi, apabila Mahathir nampak keakraban Ahmah Zahid, Najib, dan Rosmah dengan Guan Eng mungkin beliau terasa tidak perlu untuk hadir ke Pulau Pinang kerana tahu BN boleh membantu negeri itu dan Guan Eng tidak memerlukan kehadirannya.

Ia adalah spekulasi dan andaian baru yang dibuat oleh netizen di media sosial Facebook selepas Mahathir seakan-akan enggan melayan atau mengulas langsung tentang bencana banjir yang berlaku di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir parti tunjang dalam PH.

Kalau diikutkan, Mahathir mesti mengambil berat tentang Pulau Pinang kerana DAP adalah parti yang kuat dalam PH.

Situasi di Pulau Pinang dikatakan masih tidak banyak berubah dengan lebih banyak mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir sehingga keadaan betul-betul pulih.

Adakah Mahathir mahu mengelak bertemu dengan Najib selepas mengejek Najib dalam isu Bugis serta pernah mengeji Ahmad Zahid jika beliau turun padang ke Pulau Pinang.

Ramai pihak menantikan kedatangan Mahathir iaitu ketua pakatan ke Pulau Pinang bersama-sama dengan mangsa banjir.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*