Ketua Pemuda Umno Kampung Nyatuh Meninggal Dunia Ditikam Adik Sendiri

Share This:

 

Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Nyatuh maut selepas ditikam adik sendiri dalam pertengkaran di rumah ibu mereka di Taman Bukit Sejati,Seremban ,Isnin,pagi semalam.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa Norhaidi Mat Yusop,40,disahkan meninggal dunia jam 9.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

 

Salah seorang jiran, G.Yuvarajah, 21, berkata, dia terjaga dari tidur sejurus terdengar jeritan ibu mangsa yang meminta tolong dan melihat seorang lelaki mengejar mangsa dengan penyodok besi dan berhenti kira-kira 50 meter dari rumahnya.

 

“Saya terus bergegas keluar dan sempat nampak suspek mengejar mangsa sambil memegang penyodok besi. Pada waktu itu jiran ramai yang dah keluar dan terus menangkap suspek.

 

“Pada waktu itu saya nampak mangsa yang berlumuran darah di bahagian belakang badan terbaring dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

 

Menurutnya, salah seorang penduduk di situ telah menghantar mangsa ke hospital dan suspek pula telah pun ditangkap polis.

 

Bagaimanapun dia yang baharu berpindah di situ sejak lima bulan lalu tidak mengetahui punca kejadian.

 

“Mangsa juga tinggal di taman ini dan dia biasa menghantar anak ke rumah ibunya,”katanya.

 

Manakala,suspek dikatakan akan dibawa ke Mahkamah Seremban esok untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*