“Kepala Bapak La Besar!”

Share This:

Penemuan kepala buaya di tepi jalan di Kampung Pampang, Batu 10, Sandakan, beberapa hari lalu menggemparkan penduduk kampung.

 
Menurut laporan Harian Metro kelmarin, kepala buaya yang tidak diketahui tarikh sebenar ia ditinggalkan itu sudah mula mereput dan dipenuhi lalat.
 
 

Foto: Harian Metro
 
Selain itu, mereka turut menemui cebisan daging dipercayai daripada bahagian perut haiwan berkenaan.
 
Bagaimanapun, Harian Metro semalam melaporkan haiwan pemangsa itu dipercayai dibunuh menggunakan senjata api.
 
Hasil pemeriksaan menemui luka pada kepala buaya berkenaan, kata Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah cawangan Sandakan Hussien Muin.
 
“Pemeriksaan lanjut ke atas bangkai kepala buaya itu mendapati ada kesan luka disyaki menggunakan senjata api.
 
“Susulan itu, kita membuat laporan polis pada 5.06 petang semalam,” katanya.
 
Tambahnya, kes disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.
 
“Berdasarkan pemeriksaan juga didapati buaya itu dianggarkan sepanjang 4.6 meter,” katanya. 
 
 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*