Jumpa Mayat Tergantung Dalam Semak

Share This:

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tergantung di pagar besi dalam semak berhampiran bangunan RTM lama, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, pada 1.30 tengah hari semalam, lapor Harian Metro.

Foto: Harian Metro



Polis menerima panggilan daripada lelaki dikenali sebagai Wong, 30, berhubung penemuan itu.


Menurut Wong, dia sedang membaiki keretanya di bengkel stesen minyak berhampiran lokasi kejadian sebelum dimaklumkan seorang lelaki yang mengatakan menemui mayat tergantung.

“Saya terus ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 meter dari bengkel dan terkejut apabila melihat lelaki dalam keadaan tidak bernyawa tergantung di pagar besi.

“Saya kemudian terus menghubungi talian kecemasan 999 mengenai perkara itu,” katanya kepada Harian Metro.


Dipercayai, lelaki terbabit meninggal dunia sejak kelmarin dan polis menemui seutas tali di poket seluar sebelah kirinya.


Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Chandra dan siasatan masih diteruskan.


Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*