Jennifer Lawrence Mengaku Pernah Mabuk Siap Bogel Di Rumah Kim Kardashian

Share This:

Tak sangka hubungan Jennifer Lawrence dan Kim Kardashian rupa-rupanya sangat rapat.


Menjadi tetamu dalam rancangan Jimmy Kimmel Live! membuatkan segalanya terbongkar cerita antara mereka berdua.


Menurut The Sun, Jennifer atau lebih mesra dipanggil J-Law mengaku pernah berbogel di rumah Kim Kardashian.

Menurutnya dia menerima undangan untuk makan malam oleh Kris Jenner dan keadaan menjadi buruk selepas dia mabuk.


“Pada mulanya saya minum 5 gelas martini dan tiba-tiba sahaja saya sudah bogel di dalam almari Kim.”


Sementara itu Kim yang diminta untuk mengulas tentangnya berkata,


“Buat pertama kali saya nampak mak dan J-Law mabuk bersama-sama. Hari itu memang betul-betul meriah.”

Kris Jenner dan Kim Kardashian, Foto: Instagram

Menurutnya lagi semasa mabuk, J-Law meminta Kim untuk menyoleknya dan mengajak suami Kim, Kanye West untuk sertai bersama.


Mujur Kim awal-awal lagi sudah memaklumkan suaminya agar tidak masuk ke bilik kerana sudah melihat Jennifer tidak berpakaian.


Tak dapat dibayangkan kalau Kanye masuk ke bilik, apa reaksinya agak-agaknya ya? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*