Ini Bukan Helah Politik Semata-Mata

Share This:

Bencana banjir yang melanda Pulau Pinang sejak 4 November lalu sememangnya cukup menyedihkan. Bayangkan sebuah negeri yang satu ketika dahulu dianggap sebagai salah sebuah negeri termaju di Malaysia, hari ini ditenggelami oleh banjir sehinggakan seluruh negeri menjadi lumpuh dengan kesemua urusan terganggu.

Sukar untuk menjangkakan adakah Pulau Pinang yang dikenali sebagai sebuah negeri yang penuh dengan daya tarikan pelancong, mampu pulih seperti dahulu ataupun tidak. Terlalu banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng sehinggakan seluruh kawasan pulau hari ini dilabelkan sebagai kawasan yang tidak stabil.

Dalam hal ini, kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri seolah-olah mengaku kalah untuk menangani masalah banjir. Sehinggakan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terpaksa merayu bantuan kerajaan yang telah dilabelkannya dengan macam-macam gelaran hanya untuk menyelamatkan rakyat Pulau Pinang yang teruk terjejas.

Apa yang menyedihkan adalah, bagi kalangan para penyokong Pakatan Harapan khususnya DAP, bantuan berterusan daripada kerajaan ini dianggap sebagai helah politik untuk memancing undi. Walaupun kerajaan telah menunjukkan betapa mereka berbesar hati untuk membantu Pulau Pinang, bantuan berkenaan dipandang tidak lebih dari helah politik untuk mengaburi mata rakyat Pulau Pinang bagi menolak DAP.

Hitamnya hati mereka ini sememangnya cukup menjengkelkan. Manakan tidak, sejak dari dahulu lagi, kerajaan tidak pernah memikirkan idealogi politik mampu memisahkan antara rakyat dengan kerajaan. Lihat sahaja banjir besar yang berlaku pada tahun 2014 sehingga menyebabkan 3 buah negeri lumpuh sama sekali di mana salah sebuah negeri berkenaan ditadbir oleh PAS.

Kerajaan tanpa memperdulikan apa jua fahaman politik, menghulurkan bantuan penuh buat kerajaan Kelantan dan beberapa DUN dan Parlimen yang dikuasai oleh pembangkang di Terengganu dan Pahang demi memastikan tahap keselamatan rakyat dapat dijaga sebaik mungkin.

Itupun, masih ada yang cuba mempertikaikan bantuan kerajaan dengan mengeluarkan pelbagai fitnah dan cerita rekaan hanya untuk memburukkan usaha kerajaan membantu seluruh rakyat yang terjejas. Hal yang sama turut berlaku di Pulau Pinang apabila kerajaan dilaporkan bersedia mengeluarkan belanja RM 1 bilion bagi membina 13 tambatan banjir di seluruh Pulau Pinang.

Adakah ini yang mereka katakan sebagai helah atau gula-gula politik demi mahu meraih undi? Nampaknya, pemikiran dan hati mereka telah jauh terpesong dan terlalu hitam. Kerajaan sentiasa kekal komited untuk membantu rakyat tanpa mengira apa jua idealogi politik. Seharusnya, mereka yang begitu kotor hati dan pemikiran ini merenung sejenak, ribuan rakyat Pulau Pinang yang kini sedang menderita menanggung kesan ketamakan DAP di Pulau Pinang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*