Bosan Lama Tak Dapat Perhatian, Namewee Cuba Cetus Kontroversi Lagi

Share This:

Sudah lama agak menyepikan diri dari membuat kenyataan kontroversi dan rasa terpinggir, penyanyi rap Cina, Wee Meng Chee atau Namewee semalam buat kenyataan yang kontroversi berkaitan budaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Dalam satu video dia yang bertajuk Tokok edisi 076, Namewee kata mana-mana agama yang mengharamkan homoseksual adalah satu ajaran sesat dan bukan agama sebenar.

Namewee mencabar mana individu yang mendakwa ada Tuhan yang menharamkan perbuatan seks sejenis itu supaya memberikan bukti bergambar kepadanya bagi membuktikan dakwaan berkenaan.

Dari segi pemahamannya, Namewee menganggap setiap agama tidak mengamalkan diskriminas atau menafikan hak orang lain.

“Setiap agama utama di dunia tidak mengajar pengikutnya untuk mendiskriminasi atau menafikan orang lain.”

“Kalau anda pernah dengar mana-mana Tuhan memberitahu anda homoseksual itu haram, tahniah sebab anda telah ikuti ajaran sesat.

” Menurutnya, Tuhan yang sebenar pasti tidak akan mengharamkan golongan homoseksual memandangkan mereka merupakan antara makhluk ciptaanNya.

“Tuhan yang sebenar adalah Pencipta kepada segala-galanya. Ini bermakna Tuhan juga telah mencipta heteroseksual, homoseksual, biseksual dan juga aseksual.”

“Cuba fikir, adakah seorang Tuhan akan membenci hasil ciptaan-Nya? Adakah Tuhan akan menyuruh anda menyisih dan mendiskriminasi ciptaan-Nya? Semua ini adalah ciptaan-Nya.” “Kamu dan saya dihasilkan oleh-Nya.

“Ada kamu rasa Tuhan tersilap dalam hasilan-Nya? Tak mungkin,” kata Namewee.

Dia juga mencabar mana-mana individu untuk mengemukakan bukti bergambar untuk membuktikan kebenaran dakwaan bahawa Tuhan telah mengharamkan perbuatan homoseksual.

“Saya tahu ini sebuah isu yang sensitif. Pasti akan ada pihak yang akan tunjukkan bukti bahawa Tuhan ada mengatakan apa yang tidak patut dilakukan.”

“Hello bang, saya cabar bahawa bukti kamu itu bukannya ditulis atau dikatakan oleh Tuhan. Ia adalah perbuatan manusia. Betul tak? Ada tak ambil gambar? Gambar menceritakan kebenaran.

“Kalau ada, boleh tag saya,” cabar beliau.

Pada tahun lepas, Namewee pernah menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam Malaysia apabila menghasilkan sebuah klip muzik video ‘Oh My God’ yang disifatkan masyarakat umum sebagai menghina pelbagai agama, termasuk Islam.

Sebelum itu pula beliau pernah menghasilkan sebuah video yang dikatakan telah menghina lagu Negaraku.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*