Beza Antara “Rosmah Style” Dan “Wan Azizah Style” Lawat Mangsa Banjir Pulau Pinang

Share This:

SIKAP sesetengah pihak yang memilih untuk berpegang kepada fitnah dan menolak kebenaran kadang kala memualkan kita. Namun mereka tidak akan mampu menolak realiti jika kebenaran didedahkan secara berterusan.

Semalam pru14.tv telah mendedahkan bagaimana “style” Wan Azizah melawat mangsa banjir di kawasan Permatang Pauh. Baca di Lawat Mangsa Banjir Pulau Pinang “Wan Azizah Style”.

Hari ini pru14.tv ingin mendedahkan cara isteri Datuk Seri Najib Tun razak, Datin Seri Rosmah Mansor pula melawat mangsa banjir di Pulau Pinang.

Rosmah dengan berpakaian kasual dan berbut “Pua Chu Kang” meredah air banjir bertemu dengan mangsa tanpa sedikit pun rasa kekok. Beliau turut sama mendengar rintihan mangsa banjir serta menghulurkan makanan yang disediakan.

Adakah anda dapat membezakan antara “Rosmah Style” dan “Wan Azizah Style”? Dapatkah anda melihat siapakah yang lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membantu mangsa banjir?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melawat mangsa banjir di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pauh tadi. Beliau ditemani isterinya mengharung air banjir setinggi paras betis untuk meninjau pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Surau Kampung Tanjung Putus yang menempatkan 150 keluarga.

Najib kemudian berjumpa dan beramah mesra dengan mangsa banjir di situ serta menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada mereka. Setakat melambai-lambau dari dalam kereta seperti “Wan Azizah Style” tidak akan mampu meringankan beban mangsa banjir.

Untuk makluman, secara keseluruhannya perdana menteri berpuas hati dengan bantuan yang disalurkan oleh agensi dan jabatan kerajaan kepada mangsa banjir di negeri ini. Jentera UMNO dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) akan ke depan membantu masalah rakyat.

Bantuan makanan kepada mangsa banjir mencukupi, bagaimanapun terdapat kekurangan dari segi barang keperluan lain seperti bantal dan cadar tebal (Toto) di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Oleh itu, perdana menteri akan menyalurkan sumbangan bantal dan Toto itu kepada 3,000 mangsa banjir di kawasan Parlimen tersebut.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*