#BanjirPulauPinang : Mana ‘Top Dog’ Pakatan Harapan?

Share This:

Pulau Pinang yang dianggap negeri kuat Pakatan Harapan (PH) kerana dikuasai oleh DAP, nampaknnya tidak penting untuk Pengerusi PH, Mahatir Mohamad kerana beliau tidak hadir dan melawat keadaan banjir di negeri itu biarpun sudah hampir seminggu.

Orang yang beliau kutuk, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sudah tiba di Pulau Pinang dan tinjau keadaan banjir di sana serta beramah-mesra dengan mangsa banjir termasuk menghulurkan bantuan.

Hanya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sahaja yang bertungkus-lumus menerima kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan kehadiran Najib tapi Mahatir tidak sudi datang dan bantu Guan Eng.

Perhimpunan haram tunjuk perasaan, Mahathir boleh hadir kerana itu ada kepentingan politik untuk dirinya, tapi jika hadir ke Pulau Pinang dan redah air banjir, itu hanya akan menyusahkan Mahathir.

Sebelum ini, beliau berkata beliau adalah ‘Top Dog’ pakatan dan statusnya adalah sama dengan Najib tapi gaya politiknya tidak sama dengan Najib sebab memilih suasana tertentu baru hendak bertemu rakyat.

Rata-rata ada pihak sudah bertanya di mana kelibat Mahathir, di mana kelibat Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presidenny, Mukhriz.

Umur 93 tahun bukan alasan untuk Mahathir gunakan mengelak untuk didesak berada di Pulau Pinang meninjau mangsa banjir kerana jika beliau sedar akan umur yang sudah tua, sepatutnya Mahathir berhenti terus dari politik dan tidak masuk campur urusan pentadbiran negara.

Pengundi Pulau Pinang pasti terguris hati apabila Mahathir dalam ceramahnya berjanji macam-macam akan dilakukan oleh pembangkang tapi hakikatnya amat berbeza.

Mahathir tidak menganggap negeri ditabdir oleh DAP, oleh Guan Eng penting dalam Pakatan Harapan kerana jika penting, Mahathir sudah pasti turun padang dan bersama-sama dengan mangsa banjir di sana.

Kasihan rakyat negeri Pulau Pinang kerana Mahathir tak ambil kisah langsung.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*