15 Buah Hilux,140 Sukarelawan TTB Redah Banjir Di Pulau Pinang Khamis Ini-MB Razif

Share This:

 

Menurut laporan,seramai 140 orang dari Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) termasuk 20 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan 15 buah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux akan dikerahkan ke Pulau Pinang pada Khamis ini untuk membantu mangsa banjir.

 

Menurut Sekretariat SSTTB, misi bantuan kemanusiaan pasca banjir itu akan diketuai oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk menyalurkan sumbangan dalam bentuk tenaga dan barang keperluan di negeri tersebut.

 

Penggunaan aset kenderaan 4X4 dikatakan adalah bertujuan memudahkan pergerakan sukarelawan memasuki tempat yang ditimpa banjir.

 

Antara peserta misi terdiri daripada mahasiswa Permata, Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Kuala Terengganu serta individu sukarelawan yang telah mendaftar dengan SSTTB sebelum ini.

 

SSTTB yang pernah terlibat dalam bencana banjir di Kelantan pada Disember 2014, banjir di Pekan Januari 2015, gempa bumi di Sabah Jun 2015 dan bakal ke pusat pelarian Cox Bazar Bangladesh untuk membantu masyarakat Islam Rohingya Disember ini.

 

Menurut sumber,banjir yang berlaku sejak dua hari lalu telah mengorbankan tujuh nyawa dan mengakibatkan lebih 6,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas Pulau Pinang dilanda hujan lebat berterusan.

 

Justeru,kerajaan pusat telah mengarahkan agensi kerajaan termasuk , pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi lain segera turun ke lokasi terlibat banjir bagi misi bantuan mangsa banjir.

 

Sumber – Terengganu Times

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*