Zahid Peluk Guan Eng Kerana Faham Keadaan Pulau Pinang

Share This:

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan betapa Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak yang dalam kesusahan termasuk negeri yang ditadbir pembangkang jika ditimpa musibah.

Sikap berkenaan dizahirkan ketika beliau memeluk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng setibanya ke negeri itu untuk meninjau keadaan banjir di sana. Ia susulan permintaan dari Guan Eng yang meminta bantuan dari kerajaan pusat untuk bantu mangsa banjir dengan mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Terpulanglah kepada macai mahu mentafsirkan apa gambar yang menunjukkan Ahmad Zahid dan Guan Eng berpelukan kerana itu adalah bukti kuat BN tidak pernah membezakan ideologi politik dalam memberikan bantuan kemanusiaan.

Ahmad Zahid tahu betapa kusutnya kepala Guan Eng memikirkan bagaimana hendak selesaikan dan uruskan bantuan untuk mangsa banjir apabila ia berada di tahap kritikal sebegitu rupa.

Sebagai seorang yang begitu prihatin, Ahmad Zahid secara spontan memeluk Guan Eng sebagai langkah mententeramkan beliau dan menyampaikan mesej secara terus, Kerajaan Persekutuan sentiasa bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kini, pasukan ATM sudah dikerahkan dan sedang bergerak di negeri Pulau Pinang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Ahmad Zahid mengenepikan sebelum ini dalam perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi, Setiausaha Agung DAP itu kata kerajaan BN gila. Daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua anggota kerajaan, Guan Eng kata sudah gila.

Tapi, pasukan yang dikatakan gila ini jalankan tanggungjawab bantu mangsa banjir walaupun di negeri yang ditadbir pembangkang dan yang teruk dilanda bencana.

Kalau BN zalim, boleh sahaja BN buat tidak tahu dan biarkan Guan Eng selesaikan sendiri tapi itu bukan BN sebab BN sedar tanggungjawab kepada rakyat.

Macai-macai komen di media sosial kata sudah jadi tanggungjawab kerajaan pusat BN bantu Pulau Pinang, tapi adakah jadi tanggungjawab Guan Eng sibuk kutuk kerajaan BN daripada cuba atasi masalah banjir di negeri sendiri?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*