Yang Di-Pertua Pulau Pinang Perlu Campur Tangan -Gerakan Pembela UMMAH

Share This:

 

Sehubungan dengan pelantikan Setiausaha Agung PKR,Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH, Aminuddin Yahaya menggesa Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas untuk campur tangan bagi menolak pelantikan tersebut, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru, jika perkara itu benar-benar berlaku.

 

Menurutnya, Saifuddin Nasution dikatakan bukanlah calon yang sesuai untuk memikul tanggungjawab sebagai yang Dipertua MAIPP yang memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam dengan baik selain pengalaman yang luas berkaitan selok-belok hal ehwal agama Islam.

 

Persoalan sama ada sesuai atau tidak Saifuddin Nasution menyandang jawatan tersebut, Aminuddin mengulas lebih lanjut bahawa beliau adalah calon yang tidak sesuai, kerana Saifuddin bukanlah dari kalangan mereka yang berlatar belakangkan agama.

 

“Lagipun selaku Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, kita bimbang pemikiran beliau jugak akan dikawal oleh DAP.”

 

“Jadi bagaimana mahu memperkasa Islam kalau orang lain yang memandu pemikiran beliau?” ujarnya lagi. Beliau berkata, UMMAH kurang bersetuju untuk Saifuddin dilantik menjadi yang Dipertua MAIPP kerana merasakan jawatan itu memerlukan seseorang yang bebas dari politik tanpa terikat dengan mana-mana pihak berkepentingan,”katanya.

 

Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH itu menjelaskan bahawa mereka yang mempunyai kadar ukuran pengalaman luas, latar belakang pendidikan dalam menentukan asas pertimbangan serta penilaian pemahaman agama yang mantap berkaitan Islam adalah sepatutnya yang menjadi kriteria utama pelantikan yang Dipertua MAIPP tersebut.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*