Wan Asshima Hapus Dosa Dengan PAS?

Share This:

 

Didalam pentas politik Malaysia pasti ada sesiapa sahaja yang keluar dari parti dan melompat kepada parti lain serta dijadikan ikon parti, bagi memburukkan parti asal.

 

Sepertimana yang berlaku sekarang ini, Pas dikatakan menggunakan mantan Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Bahagian Kelang, Wan Asshima Kamaruddin dikatakan telah menyertai Pas setelah gagal dalam usahanya menjadi jutawan segera setelah mendakwa beliau ditawarkan projek RM 1.6 billon.

 

Menurut laporan sebuah portal pembangkang, Asshima mendakwa beliau tertarik kepada parti itu setelah membawa usul beliau gagal bersuara lantang wakil dari puteri Umno untuk bawa (usul) biro agama bersama dalam Perhimpunan RUU 355 untuk pindaan akta syariah di Padang Merbok,

 

“Ternyata sokongan Umno hambar, tapi saya teruskan perjuangan. Dalam Perlembagaan (negara) dah tercatat perkara 3 fasa 1, agama Islam agama persekutuan,”katanya.

 

Menurut sumber dalaman,bagaimana UMNO mahu menerima cadangan seorang yang munafik, sedangkan dirinya ketika itu bergelumang dengan dosa-dosa yang dilarang oleh yang maha HAK.

 

Sebelum ini juga Abby Abadi dan penyanyi Aisyah dikatakan digunakan Pas untuk pilihanraya umum yang lalu dan sekarang dimanakah mereka berada dalam perjuangan Pas??

 

Mereka akhirnya telah meninggalkan Pas setalah “dosa-dosa mereka dihapuskan” menerusi mengisi borang kemasukan ahli Pas dan kini turut diikiut Asshima dimana tujuan yang sama.

 

Abby Abadi lari daripada parti itu kerana katanya, PAS sudah lari daripada perjuangan Islam, manakala, Aisyah dari pentas ceramah PAS ke pentas Gegar Vaganza berkata, PAS sudah hilang arah perjuangan.

 

Maka PAS Terengganu terpaksa mencari pengganti untuk ‘diusung’ ke majlis-majlis ceramah parti itu bagi menceritakan bahawa PAS lebih baik berbanding parti-parti lain yang ada di negara ini.

 

Kini, bekas Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Klang ,Wan Asshima menjadi ‘ustazah segera’ dalam PAS yang bercakap soal akidah.

 

Sumber:Terengganu Times

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*