Video Keranda Jadi Mangsa Banjir Pulau Pinang

Share This:

SEBUAH keluarga Cina yang sedang menguruskan pengkebumian ahli keluarga berdepan dengan detik yang cukup menyedihkan apabila malang bertimpa dengan musibah banjir buruk yang sedang melanda Pulau Pinang.

Keluarga mendiang terpaksa mengunakan perahu untuk mengangkut keranda. Perjalanan terakhir mendiang dalam keadaan yang cukup menyedihkan.

Pulau Pinang kini lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi telah menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*