Tiada Lagi Beratur Panjang, Malaysia Dah Ada Kiosk McD Layan Diri!

Share This:

Wah, terujanya bila dapat tahu McDonald’s Malaysia pun sudah mula menyediakan kiosk layan diri di beberapa premisnya.



Foto: The Coverage



Tak adalah lepas ni ‘tekanan darah mencanak’ bila kena beratur panjang untuk memesan makanan terutama ketika perut sudah bersenandung.


Juga, tiada lagi perasaan ‘frust menonggeng’ bila tengok barisan panjang di ruang pandu lalu.



Foto: Internet



Menurut The Coverage, pengunjung boleh memesan makanan sama ada daripada kategori ala carte ataupun hidangan set menggunakan mesin berkenaan.





Kurang beberapa minit, anda boleh memilih makanan dan membuat pembayaran melalui kiosk kecil tersebut dan menunggu giliran dipanggil di kaunter mengambil pesanan.



Foto: The Coverage



Lebih menarik, anda boleh pilih sendiri apa yang anda mahu dan tak mahu diletakkan di dalam burger anda. Kalau tak suka timun jeruk dalam Cheeseburger, anda boleh pilih untuk ‘buang’ jeruk berkenaan.


Buat masa ini, kiosk layan diri berkenaan hanya didapati di francais Bukit Bintang dan Jalan Telawi, Bangsar.


Wah, bila agaknya kiosk ini akan disediakan di semua premis McDonald’s di Malaysia ya?

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*