Sindiket Tipu Guna Nama CEO LHDN

Share This:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan sindiket menipu orang ramai melalui sebaran e-mel palsu menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutif dan Anggota Lembaga LHDNM.

E-mel tersebut cuba meyakinkan orang ramai bahawa mereka mempunyai amaun cukai terlebih bayar yang perlu dipulangkan oleh LHDNM. e-mel palsu tersebut turut memaparkan logo-logo rasmi perbankan serta memberikan arahan kepada penerima emel agar mendedahkan butiran akaun bank mereka bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dibuat oleh LHDNM.

Harap maklum bahawa LHDNM tidak pernah menghantar e-mel sedemikian untuk meminta pembayar cukai mendedahkan nombor akaun bank mereka. Ini kerana maklumat akaun bank tersebut akan diperolehi melalui perisytiharan oleh pembayar cukai ketika mereka mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pada setiap tahun. Selain itu, lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul juga akan dikreditkan terus oleh LHDNM ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar.

Bayaran Balik Cukai (BBBC) atau Cek Berpalang atau Telegraphic Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara).

Sebelum arahan yang diterima melalui e-mel tersebut dituruti, orang ramai adalah dinasihatkan agar membuat semakan terlebih dahulu ketulenan e-mel berkenaan. Semakan mudah boleh dibuat melalui domain e-mel yang digunakan oleh pengirim e-mel yang tertera pada e-mel tersebut. Setiap e-mel rasmi daripada LHDNM akan menggunakan domain e-mel @hasil.gov.my. Orang ramai dilarang untuk mematuhi arahan dalam e-mel yang mengguna pakai domain selain daripada domain rasmi LHDNM. Contoh domain e-mel palsu adalah seperti berikut:

Selain itu orang ramai juga boleh membuat pengesahan dengan LHDNM terlebih dahulu jika menerima sebarang e-mel yang meragukan berkaitan dengan LHDNM. Pengesahan boleh dibuat melalui talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 atau nombor talian Cawangan LHDNM yang terdapat pada portal rasmi www.hasil.gov.my.

LHDNM sentiasa memantau sindiket penipuan ini dan akan memberikan peringatan kepada orang ramai dari semasa ke semasa. LHDNM juga berharap orang ramai yang sudah terpedaya dengan sindiket penipuan ini agar membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

Kenyataan Media LHDNM, 6 November 2017

Dikeluarkan oleh:

Bahagian Komunikasi I
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 | : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*