Sampai Masa Orang Cina Mengundi BN, Bukan Hanya Minta Tapi Tak Undi

Share This:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memberikan satu mesej jelas kepada parti MCA, kepada pemimpin dan ahli parti supaya lebih mementingkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bukannya apa yang kaum Cina dapat.

Beliau yang juga Pengerusi BN kata, kaum Cina tidak boleh berterusan untuk mahukan suasana jadi seperti apa yang mereka mahukan.

“You cannot have everything your way, ” kata Najib ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA, semalam di ibu negara.

Katanya, kaum Cina tidak sepatutnya minta sekolah dan pelbagai kemahuan masyarakat Cina tetapi enggan memberikan undi kepada BN khususnya dari parti MCA. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas, MCA hanya mampu menang tujuh kerusi Parlimen dan ia amat memalukan parti itu.

Pada PRU itu, MCA bertanding 37 kerusi tapi kesudahannya hanya mampu menang tujuh kerusi sahaja. Najib juga melontarkan cabaran kepada MCA untuk menang sekurang-kurangnya 15 kerusi pada PRU14 jika mahu terus kekal berada dalam Kabinet dengan jumlah kerusi yang kuat.

Kali ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kata MCA yakin untuk menang sekurang-kurangnya jumlah itu pada pilihan raya nanti.

Sebelum ini dalam sidang media dan majlis anjuran MCA, mereka banyak menuntut dari kerajaan khususnya Najib untuk berikan perkara tertentu kepada kaum Cina kebanyakannya tentang peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina. Bagaimanapun di peringkat akar umbi, bangsa Cina berikan undi kepada DAP.

Kemenangan kerusi DAP meningkat daripada PRU ke-12 lebih tinggi pada PRU ke-13 lepas. Ini adalah peringatan yang amat tegas dari Najib yang sudah tidak mahu MCA main-main berdepan dengan PRU. MCA mesti lebih sedar akan peranan mereka menyatupadukan bangsa Cina di bawah BN.

Dalam ucapan itu, Najib turut menyampaikan mesej bahawa pemimpin BN kini perlu mula menyerang Pakatan Harapan (PH) bukannya bertahan lagi.

Ia adalah mesej yang sama dalam ucapan beliau pada Konvensyen Media Sosial Umno Kebangsaan sehari sebelumnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau mahu pemimpin semua menyerang pemimpin PH yang jadikan kerajaan dan negara huru-hara dengan fitnah mereka.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*