Penting!!Jangan Menghidupkan Enjin Segera Jika Kereta Sudah Dimasuki Air

Share This:

 

Kebanyakkan mereka sangat risau apabila kenderaan mereka ditengelami banjir dan dimasuki air.Jika boleh dielak daripada redah banjir,maka seelok-eloknya anda perlu mengelakkan kenderaan anda supaya tidak berada di kawasan paras air yang tinggi.

 

Bahayanya banjir ni adalah bila kita tidak tahu berapa kedalam banjir tersebut dan risiko kereta dihanyutkan air jika paras air terlalu tinggi. Air setinggi lebih kurang 6 inci sudah cukup untuk mencecah bawah kereta dan menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh terbalik! Paras air sekaki (lebih kurang 30cm) sudah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, kenderaan boleh hanyut.

 

Jika satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengharungi banjir tu, pandu dengan perlahan-lahan pada gear rendah/gear 2 ( dalam 20km/h) pada kelajuan yang tetap dan jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine kenderaan anda sebab air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin,tetapi harus diingatkan tidak perlu terlalu panik memandu untuk menyelamatkan kenderaan anda.

 

Bagi kereta manual, jangan tukar-tukar gear ketika meredahi banjir dan bagi yang automatik kekalkan pada D atau lebih rendah.

 

Jangan panik dan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning (tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan)

 

Kalau terjadi juga aquaplaning ni, pegang kuat dan kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar tu grip balik jalan.

 

Setelah berjaya mengharungi banjir, uji break anda dahulu. Mula-mula tekan break sampai anda yakin brek tu berfungsi, lepas tu pegang steering dengan kuat dan tekan brek sedikit-sedikit untuk beberapa kali bertujuan untuk mengeringkan brek anda.

 

Manakala,bagi mereka yang tidak sempat untuk mengalihkan kenderaan mereka yang sudah dimasuki air, banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka berlaku,perkara pertama ialah jangan menghidupkan enjin anda segera,kerana ia boleh menyebabkan kerosakkan dalam jangka masa panjang atau perlu diganti dengan harga yang mahal.

 

Selain itu,mengenai kos pembaikan, ia sangat subjektif. Bergantung kepada kita samada ada hidupkan enjin atau tidak. Jika hidupkan enjin, maka kos pembaikan akan menjadi tinggi kerana komponen enjin boleh banyak rosak. Jika tidak hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidak tinggi sangat. Lagi satu faktor ialah jenis kenderaan. Pihak bengkel akan nasihatkan proses semuanya. Jadi pemilihan bengkel yang dipercayai juga merupakan faktor yang penting.

 

 

* kini semua kereta berjalan dengan Fuse Box (elektrik) *,maka fuse box inilah satu-satunya benda yang paling mahal jika ianya sudah rosak

 

Perkara dibawah ini perlu dilakukan selepas kenderaan benar-benar sudah kering:

 

1) mengambil wayar bateri.

2) biarkan kereta kering terlebih dahulu atau dihantar ke mekanik meminta mereka mengeluarkan semua kotak fius dan kering terlebih dahulu.

3) selepas selesai kering ,baru anda boleh menggunakan kereta anda.

 

* kerana kebanyakan orang akan takut untuk memandu kereta mereka terlebih dahulu selepas banjir ini dan akan membiarkan kotak fuse kereta tersebut kering  terlebih dahulu,jika tidak ia akan merosakkan enjin dan kereta tidak dapat digunakan lagi.

 

 

Sebelum tenggelam:

 

1. Jika kenderaan memang tidak boleh dilarikan ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya menutupnya dengan plastik.

 

2. Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan kita akan dibiarkan tanpa dihidupkan kerana musibah banjir bermacam-macam peringkat.

 

3. Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.

 

Ketika tenggelam:

 

1. Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin . Apatah lagi cuba untuk memandunya meredah banjir.

 

Setelah banjir surut:

 

1. Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar, iaitu jangan hidupkan enjin!

 

2. Panggil lori tunda untuk ditunda ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Samada rosak banyak atau rosak sikit. Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali. In shaa’ ALLAH enjin OK. Kalau enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.

 

3. Sistem transmisi pula kalau jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Hal ini mekanik akan nasihat. Mungkin 3 hingga 5 kali flush. Atau mungkin lebih. Tapi kalau sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar. Kemungkinan kena overhaul atau lebih teruk dari itu iaitu tak dapat diselamatkan. Terpaksa tukar gear box baru. Harap-harap tidaklah sampai macam itu.

 

4. Sistem elektornik boleh selamat in shaa’ ALLAH. Cuma dalam masa yang panjang, mungkin baru nampak kesannya.

 

5. Kusyen pula memang kotor dan berbau habislah. Kena cuci samada upah atau sendiri. Kadang-kadang pihak bengkel ada tawarkan juga khidmat cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir. Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab mereka akan buka habis kerusi dalam kereta dan cuci dengan teliti. Selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap juga wujud selama beberapa tempoh. Terpaksa bersabarlah dengan bau tersebut tu dalam lebih kurang sebulan. Lama-lama OK, in shaa’ ALLAH.

 

 

Apa yang anda perlu tukar:

 

Air hujan mengandungi asid dan kotoran halus termasuk lumpur yang jika memasuki bahagian enjin boleh menyebabkan karat serta meningkatkan pergeseran apabila bercampur dengan minyak pelincir dan minyak gear.

 

Penapis minyak pelincir mesti ditukar kerana minyak pelincir yang bercampur air lumpur mungkin tersedut dalam penapis berkenaan dan akan bercampur pula dengan minyak pelincir yang baru.

 

Kerosakan tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, tetapi menjangkau beberapa tahun selepas itu sehinggalah anda mula menyedari enjin kenderaan anda ‘makan duit’.

 

Bagaimanapun,jika kereta anda dikelilingi banjir, tinggalkan kereta cepat-cepat dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi. Selamatkan nyawa anda dulu daripada kereta.

 

Semoga langkah-langkah ini dapat membantu anda yang menghadapai masalah-masalah ini.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*