MB Razif Sedia Bantu Mangsa Banjir Di Pulau Pinang

Share This:

 

Pulau Pinang kini dilanda banjir besar semalam ekoran hujan lebat berterusan yang melanda negeri itu,sehubungan itu Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merakamkan simpati kepada penduduk Pulau Pinang yang terlibat menghadapai bencana itu.

 

Beliau juga berharap agar mangsa-mangsa yang terlibat dengan musibah itu bertenang dan bersabar menghadapinya dengan tabah.

 

‘Saya merakamkan salam takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan musibah yang menimpa kali ini’.

 

‘Setelah melihat sebaran video, gambar-gambar dilaman sosial sejak malam tadi, nyata bencana yang melanda Pulau Pinang boleh dikatakan agak teruk dan saya berharap mangsa yang terlibat tabah dengan dugaan yang dihadapi’.

 

‘Dalam keadaan sekarang ini apa yang penting adalah membantu mangsa tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik’, ujarnya.

 

Menurut sumber,sebelum ini Terengganu pernah menghantar 5 ribu sukarelawan semasa bencana banjir besar melanda Kelantan pada penghujung 2014 dan diawal 2015 serta gempa bumi di Sabah pertengahan 2015 lalu dan bakal ke Bangladesh bagi membantu pelarian Rohingya di sana pada Disember ini.

 

Manakala,Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) bersedia digerakan pada bila-bila masa sahaja jika diperlukan.

 

Sumber: Terengganu Times

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*