Lim Guan Eng Akhirnya Mengaku Kalah Tidak Mampu Urus Bencana Di Pulau Pinang

Share This:

 

Baru-baru ini,Ketua Menteri Pulau Pinang ,Lim Guan Eng dikatakan mengaku kalah tidak mampu menguruskan bencana banjir di negeri sendiri.

 

Pemimpin Pulau Pinang itu dikatakan gagal menyelamatkan negerinya daripada terus musnah dari peta dunia akibat banjir yang semakin teruk.

 

Menurut sumber,Guan Eng juga dikatakan telah berterus terang bahawa dia dan kerajaannya tidak mampu lagi melakukan apa-apa. Mereka ternyata tiada kekuatan untuk membela rakyat yang sedang menghadapi bencana paling buruk ini.

 

Guan Eng seolah-olah takut Pulau Pinang akan berada di dasar laut yang akhirnya kerana ditenggelami air yang melimpah ruah.

 

Andai kata ia terjadi, sudah tentu tiada lagi ‘tempat mencari makan dan kuasa’ buat Kerajaan DAP dan Legasi Lim dalam parti itu.

 

Malangnya,sudah 120 kali negeri Pulau Pinang itu dikatakan menghadapi banjir yang teruk dan menyusahkan rakyatnya. Namun, Setiausaha Agung DAP itu masih sombong, ego, angkuh dan bangga diri tidak mahu tunduk terhadap Kerajaan Pusat yang ikhlas mahu membantu.

 

Siapa yang menjadi punca kepada bencana ini berlaku sehingga 120 kali tanpa gagal? Siapa lagi jika Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri?Siapa luluskan projek lereng bukit?
siapa luluskan gadai tanah tepi bukit? Siapa arahkan pokok-pokok ditebang? Siapa yang luluskan perancangan Pulau Pinang yang ternyata gagal? Siapa yang banyak gadai tanah di Pulau Pinang?Siapa lagi yang membenarkan pesta arak besar-besaran diadakan?

 

Pada bulan lalu,beliau juga dikatakan telah membenarkan sebuah pesta yang tidak langsung menghormati Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan – Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

 

Selepas dia memegang kuasa, maka sensitiviti penganut Agama Persekutuan (Islam) pun seolah-olah dia ketepikan begitu sahaja demi untuk melihat ‘pesta arak’ bagi masyarakat Jerman di Pulau Pinang berjaya dilakukan.

 

Pada tanggal 15 Oktober 2017 lalu, Oktober Fest Beer Festival diadakan di Pulau Pinang setelah di haramkan di beberapa negeri lain di Malaysia. Ketika meraikan acara itu, Lim Guan Eng berkata dengan angkuh bahawa ‘pelampau’ mungkin boleh menghalang negeri lain daripada menganjurkan pesta arak itu, namun bukan di Pulau Pinang. Guan Eng turut menyindir Islam dengan mengatakan bahawa negeri itu bukan sebuah ‘negeri Taliban’.

 

Ada hikmahnya kenapa Kerajaan Pusat dan penguasa di Kuala Lumpur tidak membenarkan penganjuran Oktoberfest dan pesta arak di ibu kota pada bulan lepas.

 

Pada tarikh 22 Oktober pula, Pulau Pinang dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang menyebabkan kehilangan 11 nyawa rakyat tidak berdosa. Walaupun ada pihak yang menyalahkan Lim Guan Eng kerana melibatkan kroninya dalam kes tersebut, namun dia masih ‘tebal muka’ tidak mahu mengaku salah.

 

Pada 29 Oktober 2017 pula, belalai air (puting beliung kecil) telah dikesan kelihatan di langit berhampiran Jambatan Pulau Pinang yang telah menggemparkan penduduk. Ini juga merupakan suatu bencana alam yang jarang-jarang sekali berlaku sebelum ini, khususnya semasa negeri itu ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional.

 

4 hari selepas itu iaitu pada 2 November 2017, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah membentangkan Bajet 2018 Negeri Pulau Pinang. Walaupun dikala negeri dilanda pelbagai masalah dan kerugian yang nyata, namun dia masih angkuh tidak mahu akui kesalahan diri sendiri. Apa yang lebih teruk, tiada langsung peruntukan duit rakyat dikhususkan kepada usaha mengatasi banjir dan membantu rakyat.

 

Tambahan lagi, bencana 120 kali banjir teruk itu juga telah berpunca dari tangan-tangan jahat DAP sendiri. Tidak perlulah menyalahkan pihak lain yang tiada kena mengena.

 

Guan Eng dan DAP telah ternyata gagal menguruskan bencana alam dan kelestarian negeri itu. Daripada sebuah negeri yang menarik dan penuh warna warni, kini Pulau Pinang sudah menjadi kotor, berlumpur, busuk dan nyaris-nyaris tenggelam ke dasar laut.

 

Justeru,kerana terpaksa menyelamatkan Pulau Pinang daripada terus musnah dari peta dunia akibat banjir yang semakin teruk, maka Guan Eng telah memuatnaik video sedih (tak mustahil hanya lakonan sedih) di media sosial mengharapkan bantuan dan pertolongan dari musuhnya iaitu Kerajaan Persekutuan.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*