Lebih Ramai Akan Menjadi Korban Andai DAP Masih Mentadbir Pulau Pinang

Share This:

Bagi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, antara perkara yang sentiasa diutamakan adalah kebajikan dan keselamatan rakyat tanpa mengira apa jua fahaman politik. Inilah yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu dimana keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan buat kerajaan.

Namun begitu, lain pula halnya dengan kerajaan DAP Pulau Pinang. Sejak dua penggal mentadbir Pulau Pinang, hal ehwal rakyat seolah-olah dipinggirkan dan kebanyakan keutamaan buat kerajaan negeri adalah mereka yang berpoket tebal dan sanggup mengeluarkan jutaan mahupun berbilion Ringgit untuk melabur ke dalam negeri Pulau Pinang.

Justeru, bukan satu perkara yang menghairankan apabila kerajaan negeri Pulau Pinang memperolehi dana mudah sebanyak lebih RM 20 bilion hasil daripada penjualan tanah secara besar-besaran, samada tanah landai ataupun berbukit, kepada pihak pemaju dan pelabur dalam dan luar negara. Ironinya, wang berbilion Ringgit berkenaan sehingga kini tidak diketahui kemanakah ianya dilaburkan.

Akibat kerakusan sebeginilah yang menyaksikan keadaan alam sekitar di Pulau Pinang tidak lagi stabil. Setiap bulan, sekiranya hujan lebat melanda negeri ini untuk tempoh lebih dari 3 jam, pasti ada sahaja laporan kejadian tanah runtuh berlaku disamping kejadian banjir kilat. Sehinggakan, sehingga kini, seramai 11 orang sudah menemui ajal akibat tanah runtuh.

Bagi kejadian banjir yang sudah melanda negeri ini sebanyak 120 kali pula, sekurang-kurangnya 9 orang telah terbunuh akibat lemas dan terkena renjatan elektrik. Sudahlah penduduk terpaksan menanggung kos pembersihan dan baik pulih rumah akibat banjir, ada sahaj nyawa akan melayang akibat kerakusan kerajaan negeri yang ditadbir oleh DAP.

Di Sungai Lembu, Permatang Pauh pula, sejak 2009, sekurang-kurangnya 7 orang telah menemui ajal akibat pencemaran udara yang dihasilkan dari kilang pemprosesan kayu haram yang dibina tidak sampai 1 kilometer dari kediaman penduduk. Kes ini akhirnya dibongkarkan oleh pihak berkuasa sehingga menyaksikan Exco Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh kini berhadapan dengan pendakwaan akibat salah guna kuasa.

Secara kasarnya, sejumlah 27 orang telah menemui ajal akibat pelbagai kejadian alam yang melanda negeri ini untuk tempoh 4 tahun yang terakhir ini. Mungkin angka berkenaan akan bertambah namun hakikatnya, kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah ambil peduli dengan apa yang berlaku. Mereka lebih sibuk menjaja cerita nasional tanpa mempedulikan masalah dan nasib rakyat yang mendiami Pulau Pinang.

Bayangkan sekiranya mereka diizinkan untuk mentadbir Pulau Pinang untuk penggal yang akan datang. Mungkin keadaan tidak stabil sedia ada hari ini akan bertambah buruk jika diukur dengan keegoan Lim Guan Eng yang lebih suka menyalahkan pihak lain, temasuk tuhan, di atas apa yang berlaku di Pulau Pinang sejak 4 tahun yang lalu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*