Lebih Baik Afifah Diam,Jangan Asyik Menipu-Aliff Aziz

Share This:

 

 

Pelakon Aliff Aziz menyelar kenyataan Nur Afifah Nasir yang menganggap hubungannya dan isteri pelakon itu iaitu Bella Astillah sudah pun berbaik.

 

Jika anda rasa ketegangan situasi di antara Afifah Nasir dan juga Aliff Aziz sudah pun reda, anda silap. Melalui perkongsian Aliff di Instagram baru-baru ini, ia bagai merungkai keadaan sebenar yang berlaku di antara mereka.

 

Aliff berkata, segala kenyataan yang diberikan oleh pelakon wanita itu adalah tidak benar dan hanya untuk membuktikan dirinya sebagai seorang yang tidak bersalah.

 

“Beberapa minggu lalu Afifah mengeluarkan kenyataan ketika ditemuramah media bahawa dia tidak bermusuh dengan Bella dan sedia memaaf serta melupakan insiden yang berlaku.

 

“Jika benar Bella kata dia sudah okey dengan semua ini ketika kamu hubungi dia di WhatsApp, kenapa kamu tidak menunjukkan bukti itu kepada media?

 

“Apa yang saya mahu katakan wanita ini (Afifah) suka membuat kenyataan yang hanya satu penipuan,” tulisnya di Instagram pada malam Sabtu.

 

 

Sementara itu, memetik kenyataannya yang lain, Aliff sangat berharap Afifah dapat berkata benar dan tidak terus menyebarkan kenyataan yang tidak benar kepada orang ramai.

 

Tambah Aliff lagi, dia sudah berdiam cukup lama melihatkan penipuan yang dilakukan oleh Afifah.

 

Aliff turut meminta agar pelakon Pengantin Jatuh Dari Langit itu berdiam daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar.

 

Kata penyanyi Sayang Sayang ini lagi, Afifah sepatutnya menunjukkan bukti jika benar mereka sudah berdamai dan Bella memaafkan perkara itu seperti didakwa.

 

“Seperti yang saya katakan, adalah sangat mustahil untuk kamu bercakap benar. Tapi lain kali tolonglah cuba bercakap benar atau jangan cakap apa-apa langsung,” katanya.

 

Sementara itu, berkenaan kenyataan Afifah yang tiada masalah untuk berlakon bergandingan dengannya sekali lagi, Aliff berkata, dia tidak mungkin menerima tawaran berlakon bersama wanita berkenaan.

 

“Dengar sini baik-baik. Saya tidak berhasrat untuk menerima apa-apa tawaran berlakon dengan kamu. Ia bukan kerana saya takut kepada kamu, atau kerana saya tidak bersalah tapi sebab bahaya untuk berada dengan orang yang suka menipu tanpa rasa bersalah dan memikirkan perasaan orang lain,” ujarnya.

 

Sebelum ini,pelakon Aliff Aziz dikejutkan apabila dia ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

 

Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didaparti bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*