Lawat Mangsa Banjir Pulau Pinang “Wan Azizah Style”

Share This:

KETIDAKPERIHATINAN pemimpin kanan Pakatan Harapan terhadap mangsa mana-mana malapetaka bukan satu perkara asing. Semalam Ahli Parlimen Gelugor Ramkarpal dimaki oleh rakyat kawasan beliau memandangkan beliau hanya muncul ketika banjir sudah surut.

Kini viral pula gambar-gambar Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat mangsa banjir dari dalam kenderaan sambil melambai-lambaikan tangan. Tindakan tersebut dilihat sebagai tidak bertimbang rasa.

Mangsa banjir sedang ditimpa musibah. Sepatutnya mereka dihampiri dan dibantu. Melambai tangan dari dalam kenderaan tidak mampu mengurangkan bebanan yang bersarang dihati mereka. Sekurang-kurangnya bersalaman menzahirkan simpati dengan ikhlas.

Memetik portal Keadilan Daily, Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merakamkan penghargaannya kepada Selangor yang menghulurkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada Pulau Pinang yang sedang berhadapan bencana banjir yang melanda negeri itu.

Kini beliau cuba memberitahu Malaysia bahawa beliau mendekati rakyat Pulau Pinang yang dilanda musibah tetapi hanyalah dari dalam kenderaan sahaja “Wan Azizah Style”. Apabila rakyat tidak pernah berada dalam hati mereka, sememangnya amat sukar untuk mereka menzahirkan keperihatinan yang ikhlas.

Hampir seluruh Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak 2 petang Khamis yang turut menumbangkan puluhan pokok. Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*