Kerajaan Negeri Patut Bantu Mangsa Banjir, Kerajaan DAP Minta Duit Pula!

Share This:

Ini kali pertama sebuah kerajaan negeri meminta sedekah derma untuk mengatasi masalah banjir di negeri mereka tapi guna akaun parti untuk menerima wang derma bukannya tabung khas untuk banjir. Belum pernah lagi jadi seperti ini di mana-mana negeri.

Itulah kerajaan DAP di Pulau Pinang yang cepat wujudkan tabung dana kononnya untuk bantuan banjir tapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun DAP negeri itu.

Adakah benar-benar wang itu akan digunakan untuk bantuan mangsa banjir atau perkara lain? Kalau banjir esok lusa dah surut, apa lagi fungsi tabung berkenaan. Mengapa dalam bajet negeri, DAP tidak mahu beri peruntukan lebih untuk atasi masalah banjir kerana sudah hampir 10 tahun mereka tadbir Pulau Pinang.

Setiap tahun, kalau masukkan bajet untuk atasi banjir, mesti boleh selesai tapi bajet banyak diberikan kepada pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bukan untuk kebajikan rakyat. Begitu banyak persoalan berkenaan tabung dana yang ditagih daripada orang ramai untuk sebuah kerajaan negeri.

Ia sama sekali tidak masuk akal. Jika dimasukkan ke dalam akaun, ia adalah wang parti bukan wang bantuan bencana banjir. Parti DAP Pulau Pinang akan mempunyai sepenuhnya hak untuk menggunakan dana itu ikut kemahuan mereka.

Kalau begini, pasti selepas ini asal Pulau Pinang dilanda banjir dan dinaiki air, DAP akan buka kutipan tabung parti untuk tagih derma dari orang ramai untuk bantuan mangsa banjir.

Kenapa lagi mahu perintah Pulau Pinang kalau masalah banjir pun tidak ada disediakan peruntukan kecemasan tapi tagih dana dari luar? PAS Kelantan pun tidak ada buka tabung bawah nama tabung PAS Kelantan untuk mangsa banjir. Sebaliknya, badan tertentu yang simpati baru wujudkan tabung dengan nama akaun bantuan banjir untuk bantu mangsa banjir di negeri Kelantan.

Kejadian banjir ini banyak berlaku sejak DAP perintah Pulau Pinang. Oleh sebab banyak pembangunan tidak terancang hendak bina rumah untuk orang kaya, keadaan iklim di Pulau Pinang sudah jadi tidak stabil.

Tanah mulai runtuh, longkah mula tersumbat dan sistem pengairan sudah semakin gagal membendung banjir. Bagi DAP, tak apa duit kerajaan boleh simpan, DAP boleh minta derma rakyat dan tidak perlu kacau dana negeri yang dikhususkan.

Kesian rakyat Pulau Pinang, orang jadi mangsa banjir diberi bantuan kewangan macam BN buat, tapi orang Pulau Pinang kena banjir, kena bayar dan derma pula pada kerajaan negeri mereka untuk bantu mereka, sebab DAP tak ada duit, tak ada duit dah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*