Kemenangan JDT,Mia Ahmad Tanpa Segan Silu Cium Izham

Share This:

 

 

Pelakon Mia Ahmad tidak dapat menyembunyikan rasa gembira melihat wajah ceria suaminya, penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan sebaik sahaja pasukan itu menang Piala Malaysia 2017 pada malam perlawanan tersebut.

Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan kemarau 25 tahun selepas menjulang Piala Malaysia 2017 dengan menundukkan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Slam, pada Sabtu.

 

Pasukan Harimau Selatan bermula garang selepas memperoleh gol pertama seawal minit ke-2 hasil tandukan pemain pertahanan Mohamad Aidil Zafuan Razak.

 

Apabila babak kedua bermula, JDT menggandakan asakan dan gawang Lang Merah dirobek sekali lagi pada minit ke-62 menerusi jaringan Gonzalo Cabrera.

 

Kemenangan itu menyaksikan JDT melengkapkan koleksi kejuaraan dalam tempoh empat tahun. Sebelum ini JDT telahpun memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

 

Sebaik wisel penamat ditiupkan, keputusan penuh JDT 2, Kedah 0.

 

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Ulisses Morais mendedikasikan kejuaraan Piala Malaysia kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan seluruh penyokong setia skuad Harimau Selatan.

 

Morais menjelaskan, TMJ dan penyokong berhak untuk mendapat hadiah piala berprestij itu selepas usaha dan sokongan padu yang diberikan hingga Johor DT berjaya mencipta pelbagai kejuaraan.

“Saya amat gembira. Tahniah kepada barisan kejurulatihan dan semua pemain kerana tanpa mereka, kami tidak akan berjaya.

 

“Bagi saya ini hadiah untuk bos saya, TMJ dan juga penyokong kerana mereka juga kami berada di final dan menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama, malam ini,” kata Morais.

 

Syafiq Rahim dan Jurulatih Johor DT Morais meraikan kemenangan bersama penyokong setelah menewaskan Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam.

 

Dalam aksi di Stadium Shah Alam sebentar tadi, Johor DT tidak menunggu lama untuk berada di depan hasil jaringan Aidil Zafuan Radzak yang menanduk masuk sepakan penjuru Safiq Rahim pada minit ketiga.

 

Gonzalo Cabrera kemudian menambah gol kedua apabila menyudahkan hantaran Hazwan Bakri pada minit ke-63 untuk mengesahkan kejuaraan buat skuad Harimau Selatan.
Kemenangan menyaksikan Johor DT mencipta sejarah baru kelab itu apabila menjulang Piala Malaysia buat kali pertama, sekali gus melengkapkan koleksi trofi utama saingan tempatan yang dimenangi mereka.

 

Pemain Johor DT menjulang Tunku Ismail selepas kejayaan menumpaskan Kedah 0-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam.

 

Mengulas mengenai perlawanan akhir itu, Morais berkata, semangat pemainnya yang bekerja keras hingga wisel penamat menjadi kunci kejayaan menewaskan juara bertahan Kedah.

 

 

“Mereka (pemain) tidak berhenti bekerja keras di tengah padang dan hasilnya, kami berjaya mengawal permainan dan menjaringkan gol,” ujarnya.

 

-PRU14.TV

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*