Hentikan Cerita UTK Ditarik Balik,Semua Itu Palsu

Share This:

 

Baru-baru ini,dakwaan kononnya anggota Unit Tindakan Khas (UTK),Polis Diraja Malaysia yang bertugas mengawal keselamatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditarik balik adalah tidak benar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

 

Beliau berkata pihaknya masih mengekalkan anggota UTK bagi mengiring dan mengawal keselamatan Dr Mahathir termasuk di rumah.

 

Menurut Ketua Polis Negara hak keistimewaan pada Dr Mahathir masih kekal namun beberapa anggota pengiring peribadi daripada anggota biasa diarahkan kembali bertugas dengan PDRM,UTK tidak ditarik balik,polis masih mengekalkan anggota UTK (mengawal keselamatan) untuk Mahathir.

 

Khamis lalu Dr Mahathir melalui Facebooknya memaklumkan khidmat pengiring peribadi daripada UTK telah ditarik balik.

 

Kenyataan dimuat naik bekas perdana menteri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap tindakan itu keterlaluan dan menimbulkan salah faham.

 

“Itu tidak benar sama sekali. Pengiring peribadi daripada pegawai UTK masih berkhidmat dengan Dr Mahathir,”kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

 

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dimuat naik Dr Mahathir di laman sosialnya kononnya anggota UTK yang ditugaskan untuk mengawal keselamatannya telah ditarik balik pada Rabu lepas.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*