Calon STPM Mengaku Miliki 2 Bom Buatan Sendiri

Share This:

Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengaku bersalah memiliki dua butir bom buatan sendiri, lapor Harian Metro.

 
Mohd Hafizi Mat Jusoh, 19, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. 
 
 

Foto: Harian Metro
 
Difahamkan, bom berkenaan dipercayai untuk digunakan bagi serangan di pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’, Oktober lalu.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali, jika sabit kesalahan.
 
Mohd Hafizi dipercayai terbabit dengan aktiviti kumpulan pengganas sejak berusia 12 tahun, malah dia turut berdepan empat pertuduhan lain.
 
Remaja itu didakwa memiliki gambar, video dan dokumen (memaparkan bahan berkaitan kumpulan pengganas) memberi latihan menerusi WhatsApp dan hadir di tempat latihan pengganas Daish.
 
Bagi empat pertuduhan berkenaan, dia didakwa masing-masing mengikut Seksyen Seksyen 130JB(1)(a), Seksyen 130JB(1)(b), 130F(a) dan Seksyen 130FB(1)(a) dan Mahkamah menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum.
 
Sementara itu, dua lagi tertuduh, Ahmad Azmi Ahmad Rosli, 24, dan Mahadi Ibrahim, 34, masing-masing berdepan tiga dan dua pertuduhan berasingan.
 
 

Foto: BH Online
 
Ahmad Azmi didakwa mengikut Seksyen 130FA (a) Kanun Keseksaan kerana menerima latihan pengganas melalui WhatsApp, Seksyen FB (1) (a) kerana hadir ke tempat latihan sebagai persediaan perbuatan pengganas dan Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan kerana memiliki 20 keping gambar, tiga video dan 16 naskah dokumen bentuk PDF dalam telefon bimbit.
 
Manakala, Mahadi Ibrahim didakwa mengikut Seksyen 130FA (a) iaitu kerana menerima latihan pengganas melalui WhatsApp serta Seksyen 130FB (1) (a) kerana hadir di tempat latihan pengganas.
 
 

Foto: Kosmo!
 
Sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Disember depan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*