Budak 7 Tahun Maut Jatuh Tingkat 6

Share This:

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Jalan Pandan 3/11, Pandan Jaya, Selangor pada petang Sabtu.

Memetik Bernama, polis menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira jam  6.45 petang.

” etugas ambulans dari Hospital Ampang yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kanak-kanak yang berasal dari Sabah itu meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala,”Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian.

Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama kakaknya yang berusia 10 tahun dan dijaga ibu saudara mereka berikutan ibu bapanya keluar bekerja.

“Semasa kejadian, mangsa dipercayai bermain bersama kakaknya di balkoni berhampiran ruang tamu rumahnya sebelum tiba-tiba memanjat pagar balkoni lalu terjatuh,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, sementara mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*