Adakah Normal Buat Pulau Pinang Apabila Menerima Sehingga 120 Kali Banjir?

Share This:

Di negara ini, antara isu tabu yang seringkali diperkatakan oleh ramai pihak apabila menjelang penghujung tahun adalah situasi banjir. Hampir kesemua negeri di Malaysia menerima kesan banjir akibat taburan hujan yang tinggi apabila menjelang hujung tahun dan antara negeri yang paling terkesan adalah negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Secara amnya, kebanyakan negeri di Malaysia akan menerima banjir sekali atau dua kali dalam setahun. Namun, lain pula halnya dengan Pulau Pinang apabila negeri berkenaan menerima 120 kali banjir dalam tempoh masa 4 tahun. Ini bermakna, negeri berkenaan akan menerima 30 kali banjir dalam setahun atau sekurang-kurangnya 2 kali setiap bulan.

Apa sudah jadi di Pulau Pinang? Adakah kerajaan negeri hari ini begitu “girang” apabila banjir melanda negeri ini? Adakah moto kerajaan negeri juga sudah bertukar kepada semua orang boleh berenang di waterpark semula jadi?

Jika keadaan banjir yang saban tahun melanda di kebanyakan tempat di negeri-negeri Pantai Timur pun sudah memeningkan kepala pemimpin negara, adakah banjir sebanyak 120 kali yang melanda Pulau Pinang sejak 4 tahun yang lalu, langsung tidak menggusarkan Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang? Apakah ini satu perkara yang normal buat kerajaan negeri Pulau Pinang?

Secara amnya, sekiranya berlaku banjir, setiap hari, sesebuah negeri akan kehilangan berjuta-juta Ringgit apabila kebanyakan urusan seharian terjejas. Ini termasuklah urusan jual beli, pengurusan, mahupun pengangkutan awam yang akan teruk terjejsa. Itu belum lagi memperkatakan tentang kos baik pulih dan pampasan yang akan ditanggung oleh sesebuah kerajaan negeri.

Dalam kes di Pulau Pinang, akibat pemerintahan yang mengutamakan kehendak individu tanpa memperdulikan kestabilan negeri diutamakan, maka hasilnya, jutaan rakyat Pulau Pinang menanggung kesannya. Dengan sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik, penarahan bukit dan hutan berlaku sewenang-wenangnya dan peruntukan yang amat kecil bagi memelihara keadaan negeri, sudah tentunya, alam sekitar juga mampu memberi tindak balas paling negatif.

Bagi Lim Guan Eng, sebelum banjir besar melanda Pulau Pinang kelmarin, dia langsung tidak mengambil peduli apa yang berlaku di Pulau Pinang. Apa yang dia tahu hanyalah, mencari kesalahan kerajaan pusat sehingga tanpa dia sedar, dia telah menginaya jutaan rakyat Pulau Pinang.

Hari ini, keadaan alam sekitar di Pulau Pinang memang sudah tidak stabil lagi. Sana sini mencatatkan kejadian tanah runtuh serta hampir kesemua rumah dan premis perniagaan ditenggelami air. Sesuatu harus dilakukan bagi mengatasi masalah ini secepat mungkin atau Pulau Pinang akan sekali lagi dilanda musibah besar akibat ketamakan seorang Ketua Menteri yang langsung tidak memperdulikan masalah dan aduan rakyat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*