Zul Ariffin Tunggu Zahira Pulang Dahulu

Share This:

 

Baru-baru ini,zahira yang terpalit kontroversinya bersama Kamal Adli dikatakan menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan Zul Arifin dan lebih hangat lagi  diperkatakan apabila mereka memegang patung anak jerung (baby shark) yang sama.

 

Namun,menurut sumber Zul Ariffin dikatakan menafikan gambar patung tersebut yang dimuat di instagramnya.

 

“Nikah? Tanya bapa dia (Zahirah)” jawap Zul Ariffin ketika diminta mengulas khabar angin bahawa pasangan tersebut sedang merancang mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.Zul, 26, turut menjelaskan gambar patung anak jerung (baby shark) di laman Instagramnya bukanlah patung yang sama dalam foto Zahirah ketika dia berada di lapangan terbang baru-baru ini.

 

“Patung itu peminat yang beri kepada saya kerana ia ada kaitan dengan drama saya Titian Cinta. Manakala yang Zahirah pegang di lapangan terbang itu peminat dia yang beri pada ketika itu.

 

“Ia bukanlah patung yang sama dan ia tiada kena mengena atau menggambarkan hubungan kami sekarang.

 

Selain itu, ditanya tentang status hubungannya dengan aktres itu, Zul berkata, dia menunggu kekasihnya itu pulang dari penggambaran di Bosnia bagi menjelaskan perkara tersebut.

 

“Saya tidak tahu apa yang perlu diselesaikan dan kena tunggu dia balik dahulu,” ujarnya.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*