Video MP Bukit Gelugor Ramkarpal Kena Maki

Share This:

BANJIR buruk yang sering melanda Pulau Pinang sejak kebelakangan ini mengundang kemarahan rakyat negeri tersebut. Senario tersebut tidak boleh mereka terima. Rakyat Pulau Pinang tidak dapat bertolak ansur lagi dengan malapetaka tersebut.

Mereka tahu bahawa ianya berpunca dari tindak tanduk kerajaan DAP yang memerintah negeri Pulau Mutiara itu dengan cara yang cukup tidak bertanggungjawab.

Sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat terlalu tamak haloba menjarah bukit dan alam semulajadi kini terbongkar akibat kejadian tanah runtuh yang menimpa salah satu projek di negeri itu baru-baru ini. Kini banjir buruk pula melanda tanah tumpah darah mereka.

Apabila Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal melawat kawasan yang dilanda banjir semalam, beliau telah dimaki oleh penduduk kawasan tersebut. Kemarahan penduduk sememangnya amat munasabah.

Setiap kali rakyat ditimpa musibah, batang hidung wakil rakyat DAP langsung tidak muncul. Mereka tidak membantu rakyat yang mengundi mereka pun. Semua ucapan berkobar-kobar ketika meraih undi hanya pembohongan semata-mata. Itulah siapa sebenarnya wakil rakyat DAP.

– pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*