Pemandu Bas Bawa Penyokong Kedah Meninggal Dunia

Share This:

 

Pemandu bas yang membawa penyokong Kedah meninggal dunia di dalam bas dipandunya akibat sakit jantung malam tadi.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, M Batumalai, 51, ditemui tidak sedarkan diri oleh rakannya pada 7 malam di tempat duduk pemandu bas yang dipandunya selepas menghantar penyokong Kedah di Stadium Shah Alam petang tadi.

 

Menurut sumber,beliau berkata, rakannya itu kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada anggota polis yang bertugas di luar kawasan stadium.

 

“Bas pemandu ini diparkir tidak jauh dari kawasan stadium dan rombongan ini tiba dari Kedah petang semalam.

 

” Pasukan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang melakukan pemeriksaan mengesahkan pemandu bas ini, M Batumalai sudah meninggal dunia.

 

“Hasil bedah siasat yang baru dikatakan selesai dijalankan mendapati punca kematian adalah sakit jantung,” katanya ditemui malam tadi.

 

Beliau berkata, polis turut menghubungi keluarga pemandu itu di Pulau Pinang yang mengesahkannya menghidap sakit jantung.

 

Katanya, bas berkenaan diambil alih pemandu kedua untuk membawa penyokong Kedah pulang ke negeri itu.

 

Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan akhir malam tadi, Shafien berkata, tiada insiden tidak diingini berlaku.

 

Menurutnya, kawalan keselamatan yang ketat selain kerjasama penyokong kedua-dua pasukan menjadikan perlawanan itu tidak dicemari dengan kejadian di luar kawalan.

 

“Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama penyokong kedua-dua pasukan yang mengikut arahan diberikan,” katanya.

 

Justeru,menurut Shafien , kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*