Kanak-kanak Hilang Ditemui Di Blok Tiada Penghuni

Share This:

 

Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang selepas dilihat bermain seorang diri di gelanggang futsal, pada jam 11 malam, semalam di Projek Perumahan Rakyat (PPR),Gua Musang ditemui tepat 12 jam di blok tiada penghuni pada jam 11 pagi semalam.

 

Menurut sumber, kanak-kanak terbabit keluar daripada rumahnya di tingkat 1, untuk bermain bersama rakannya kira-kira jam 10.15 malam di mana ketika itu ibunya sedang berniaga di restoran manakala anaknya berada bersama ibu bapanya di rumah.

 

Mangsa, Nur Dania Qistina Mohd Napi, 7, yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang 1, ditemui orang ramai di blok berkenaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

 

Kanak-kanak tersebut dikatakan ditemui dalam keadaan lemah, Nur Dania juga hanya diam dan ketakutan apabila ditanya mengenai rentetan kehilangannya sejak jam 11 malam semalam.

 

Ibunya, Wan Nur Hafiza Wan Hasan, 32, berkata, ketika usaha pencarian dilakukan sejak semalam dan pada jam 10 pagi tadi, ada penduduk yang nampak anaknya di blok berkenaan.

 

“Ada yang beritahu saya, ada ternampak Nur Dania di blok berkenaan dengan mengenakan tudung kuning. Memang dia keluar dengan tudung itu semalam.

 

“Namun, sejam mencari baharulah jumpa setelah pelbagai usaha dilakukan termasuk melaungkan azan dan memanggil ustaz ke kawasan berkenaan.

 

“Dalam kejadian ini, saya tidak menolak kemungkinan ada sesuatu yang ‘pegang’ anak saya dari malam tadi malah sehingga kini, dia seakan bingung,” katanya lagi.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*