[VIDEO] Fenomena Alam Yang Luar Biasa..No 5 Paling Menakjubkan!

Share This:

 

 

Terdapat beberapa fenomena alam yang pernah terjadi di bumi ini. Ada diantaranya kita tak terfikir pun boleh terjadi.Bagi orang Islam, pastinya setiap apa yang terjadi dalam dunia ini adalah kuasa Allah S.W.T kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa keatas segala galanya. Berikut fenomena-fenomena alam yang pernah terjadi di dunia ini;

 

Menurut sumber,fenomena luar biasa tersebut ialah tsunami awan yang pernah terjadi di Sydney yang kelihatan bentuk awan seolah olah berbentuk gelombang tsunami.

 

 

 

 

Seterusnya, fenomena lain pula ialah tsunami ais. Jika sebelum ini kita tengok tsunami air tetapi apa yang jadi ialah tsunami yang berais. Fenomena ini terjadi setelah lapisan glister di permukaan laut dan bergerak ke daratan. Tsunami ais ini juga mampu memusnahkan beberapa harta benda termasuk rumah rumah penduduk.

 

 

 

 

Fenomena luar biasa lain pula ialah bom hujan. Ha pernah dengar tak? Hujan bom ni pernah terjadi di luar negara iaitu Amerika Syarikat. Terdapat juga video yang berjaya dirakam kan oleh seorang jurugambar. Betul betul kelihatan air hujan yang jatuh sekaligus dan menghempas ke tanah.

 

 

 

 

 

Manakala di Malaysia juga pernah terjadi fenomena cuaca yang dinamakan garis badai berserta kejadian awan bergulung yang seakan-akan berbentuk tsunami.

Bagaimanapun,awan jenis bergulung tidak berbahaya berbanding Awan garis badai yang berlaku di Malaysia di Kota Kinabalu pada Ogos 2012, Sungai Petani, Kedah pada 2014 dan Kota Bharu, Kelantan pada Ogos 2015.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Madius Tangau berkata, kejadian bentuk awan luar biasa di kawasan pantai barat Sabah pada awal Isnin minggu ini, adalah disebabkan oleh fenomena cuaca yang dinamakan garis badai berserta kejadian awan bergulung.

 

Akhir sekali,berikut video yang menakjubkan kejadian fenomena alam berlaku di sydney pada tahun 2015.Fenomena-fenomena ini sesungguhnya mengingatkan kita pada kekuasaan Allah.Subahanallah..

 

 

-PRU14.TV

 

 

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*