Inilah Produk Kebangganan Yang Berjaya Dilahirkan Oleh Mahathir

Share This:

Pastinya ramai masih memperkatakan tentang kemurkaan Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj terhadap Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang disifatkan sebagai menghina etnik Bugis walaupun ucapannya ditujukan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dikala ramai orang Melayu menghormati titah Paduka Sultan Selangor berkenaan, secara tiba-tiba seorang anak muda Melayu yang mengetuai Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berani tampil menyanggah titah Paduka Tuanku dengan mengeluarkan kenyataan terbuka walaupun dia mendakwa, surat berkenaan ditujukan kepada Paduka Tuanku secara peribadi.

Ini bukan kali pertama Syed Saddiq begitu berani menyanggah titah Istana kerana sebelum ini Syed Saddiq juga pernah terlibat dalam ketegangan antara PPBM dengan Istana Johor. Kes berkenaan berlaku apabila Syed Saddiq dilihat cuba membela Pengerusinya setelah Paduka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Iskandar menyelar tindakan biadab Mahathir dalam memecah belahkan perpaduan negara.

Melihat akan tindakan Syed Saddiq ini, timbul persoalan, apakah ini produk kebanggaan yang berjaya dilahirkan oleh Mahathir menerusi PPBM? Apa yang dididik Mahathir terhadap golongan pemimpin pelapisnya di mana sepatutnya sebagai seorang yang pernah menguasai negara, Mahathir wajar menunjukkan contoh dan jalan yang baik buat pemimpin pelapis yang ada didalam parti berkenaan.

Secara amnya, setiap parti politik di negara ini akan mengasuh golongan pelapisnya dengan undang-undang negara. Ini termasuklah menghormati Kedaulatan Negara dan menjunjung tinggi titah perintah Duli-Duli Paduka Sultan. Perkara ini adalah perkara asas yang diterapkan oleh UMNO sejak sekian lama.

Melihat kepada tindak tanduk Syed Saddiq ini, bukanlah satu perkara yang mengejutkan apabila pada satu hari nanti, akan wujud satu kelompok pemimpin muda yang menolak sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di negara ini.

Ini kerana, jika kemurkaan Baginda Sultan sebeginipun boleh dipermainkan oleh seorang anak muda yang masih berhingus, mungkin satu hari nanti, kemahuan DAP untuk mewujudkan sebuah negara Republik tanpa pemerintahan beraja, mungkin akan terlaksana.

Sememangnya, inilah yang amat dimahukan oleh DAP kerana mereka merasakan, peluang mereka untuk menguasai negara kerap kali disekat dengan keizinan dari Istana. Pastinya, DAP dan mereka yang menentang pentadbiran DiRaja begitu menghargai apa yang dilakukan oleh Syed Saddiq walaupun tindakannya ini dianggap sebagai satu tindakan yang amat-amat biadab dan melampau.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*