Hikayat Dua Menteri Besar Selangor Dari Pakatan

Share This:

1. Menteri Besar dulu, Khalid Ibrahim. Dia akan bentang Bajet seimbang untuk tunjuk lebih baik dari Persekutuan. Pertengahan tahun dia akan minta Bajet tambahan.

2. Menteri Besar sekarang, Azmin Ali dia bentang Bajet tahun hadapan masukkan pembayaran tahun ini untuk tunjukkan dia lebih baik dari kerajaan Persekutuan.

3. Menteri Besar dulu naikkan premium tanah untuk perumahan berkali ganda dan kenakan caj pembangunan 30 peratus. Bila premium tanah ikut harga pasaran dan manipulasi, kerajaan negeri tidak boleh kawal harga rumah untuk kekal rendah.

4. Maka isytihar pendapatan negeri Selangor naik mendadak sebab tiada ketirisan. Ini hanya untuk dapat duit lebih supaya boleh belanja lebih. Lebih penting boleh ejek Kerajaan BN sebelumnya tidak pandai urus kewangan.

5. Hasilnya, harga rumah di Selangor naik mendadak, tiada rumah kos rendah selama lapan tahun. Akibatnya, PEMBELI bukan pemaju yang tanggung kos untuk mengkayakan kerajaan negeri.

6. Bila harga rumah di Selangor naik maka pembeli bawah akan beralih ke negeri berdekatan. Harga rumah di negeri berdekatan pun naik sikit sebab “demand over supply”. Rantaian kesan kenaikan pun berlaku.

7. Tapi “mangkuk” di bawah tetap salahkan Najib Razak. Maka Perdana Menteri pula kena ambil tahu hal perumahan kos rendah dan mampu milik yang sepatutnya bawah negeri.

8. Menteri Besar sekarang kekalkan polisi lama, keadaan masih sama isytihar pendapatan kerajaan negeri naik menggila tapi sebahagian besar dari premium tanah. Siapa akan tanggung kos kenaikan? 😂

9. Menteri Besar dulu cuba ubah sistem pengurusan sisa dan pembekalan air. Habis kelam kabut negeri dengan keadaan kawasan tempatan tidak terurus dan bekalan air tidak stabil.

10. Menteri Besar sekarang cerdik sikit, dia selesaikan dua isu ini dengan lebih baik. Tapi masalah denggi makin bertambah.

11. Menjelang pilihan raya, Azmin Ali bagi pengecualian cukai pintu rumah kos rendah. Sukalah semua pemilik rumah kos rendah sampai lupa semua rumah tersebut dibina zaman BN.

12. BN usaha sediakan rumah kos rendah di seluruh Selangor termasuk kawasan tanah yang boleh kenakan premium tinggi. Yang mereka ingat hanya pengecualian cukai pintu selama setahun.

13. Pengecualian cukai pintu diikuti dengan masalah penyelenggaraan. Ada rumah kos rendah sepatutnya di bawah tanggung jawab kerajaan negeri.

14. Bila tiada tanggungjawab, datang pula KPkT dan Tan Sri Noh menjadi Santa Claus bantu flat-flat ini dari segi pembaikan lift dan cat semula.

15. Teruskanlah membelit selagi boleh Pakatan.

sumber: Ab Jalil Backer

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*