Tuah Stadium Shah Alam Bersama Kedah?

Share This:

VENUE perlawanan akhir Piala Malaysia, Stadium Shah Alam mungkin tidak asing lagi buat pemain Kedah kerana mereka bakal beraksi untuk final kedua tahun ini menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pada 20 Mei lalu, skuad hijau kuning berjaya menewaskan Pahang pada perlawanan akhir Piala FA.

Manakala tahun sebelumnya pula, Kedah menewaskan tuan rumah iaitu Selangor untuk menjulang Piala Malaysia musim 2016.

Oleh itu, tekanan untuk beraksi di luar Stadium Darul Aman mungkin tidak begitu dirasai, namun lain pula yang perlu diberi perhatian.

Khairul Helmi Johari berkata, dia dan rakan-rakan akan memberi sepenuh perhatian ketika berdepan pemain berpengalaman dari JDT.

“Saya yakin pemain Kedah mampu memberi cabaran kepada JDT walaupun mereka mempunyai kelebihan tersendiri termasuk mempunyai pemain berpengalaman.

“Kita juga ada kelebihan dari segi pemain berpengalaman, import yang berkualiti dan pemain-pemain muda.

“Oleh itu kami akan berjuang sebaik mungkin untuk memastikan Piala Malaysia kekal bersama Kedah untuk semusim lagi,” katanya kepada mStar Online.

Jelasnya, kesemua pemain kini berada dalam keadaan bersedia untuk memulakan final esok.

Menurutnya, selain pemain, Kedah turut mempunyai kekuatan penyokong yang sentiasa memberi semnagat untuk pasukab tersebut terus berjuang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*