Trio Spurs Jadi Buruan Real Madrid

Share This:

BUKAN sahaja dua pemain Tottenham Hotspur tapi pengurusnya, Mauricio Pochettino kini dalam radar kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Selain Pochettino, Real turut berminat untuk menyambar dua pemain Spurs iaitu Harry Kane dan Dele Alli.

Menurut laporan The Mail, Pochettino menjadi pilihan utama Real sekiranya Zinedine Zidane meninggalkan pasukan itu atau dipecat.

Dalam pada itu, masa depan Alli pula bergantung kepada siapa ejen baharunya sama ada Jorge Mendes atau Mino Raiola.

Namun Pochettino dilaporkan masih setia kepada Spurs begitu juga Kane.

Daripada ketiga-tiga mereka, Alli dijangka berisiko untuk angkat kaki tapi hasrat itu tidak akan berlaku jika dia memilih Raiola sebagai ejen baharunya.

Spurs kini menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, dibeza hanya lapan mata dengan pendahulu Manchester City dan tiga mata di belakang Manchester United yang menduduki tangga kedua.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*