Sukan Gay Dunia Edisi Asia Bakal Diadakan 2022

Share This:

 

Pada tahun 2022,Sukan Gay pertama di Asia bakal diadakan dan Hong Kong telah dipilih menjadi tuan rumah Gay Games 2022.

 

Hong Kong telah dipilih sebagai tuan rumah Gay Games 2022 atau Sukan Gay pertama di Asia yang bakal diadakan pada tahun 2022.

 

Namun butiran tentang sukan tersebut masih belum diwar-warkan penganjur. Kebelakangan ini gerakan gay di benua Asia menjadi semakin rancak apabila Taiwan meluluskan perkahwinan sejenis.

 

Acara tersebut terdiri daripada sukan yang terbuka kepada semua peserta tanpa mengira orientasi seksual dan tidak mempunyai standard kelayakan jantina.

 

Peserta datang dari banyak negara, termasuk negara-negara yang masih melarang kewujudan orang LGBT.

 

Namun tidak pasti sama ada atlet gay dari Malaysia akan menyertai pesta sukan ini pada tahun 2022.

 

Di sesetengah bandar seperti Kuala Lumpur, aktiviti Gay Iftar diadakan secara terbuka. Beberapa bandar seperti Singapura pula membenarkan perarakan Gay Pride diadakan.

 

Sukan Gay bermula pada tahun 1982 di San Francisco di negeri California, Amerika Syarikat dan telah dirasmikan oleh Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu, Ronald Reagan.

 

Semenjak itu acara ini diadakan setiap empat tahun dan dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Gay dan disertai oleh ahli sukan gay dari serata dunia.

 

Sukan Gay terdekat bakal diadakan di Paris pada bulan Ogos 2018 dan bakal disertai oleh 15,000 atlet dan menyaksikan lebih 36 acara sukan termasuk lawan pedang, bola keranjang, gusti dan lain-lain lagi.

 

Perikatan Pink Hong Kong, sebagai jawatankuasa penganjur yang mempromosikan asas bersama bagi komuniti LGBT, berkata acara itu membantu menyediakan pemahaman dan penerimaan komuniti yang lebih luas di Hong Kong.

 

Persoalannya,adakah Malaysia mahu terlibat sekali dengan budaya songsang ini?Sedar lah wahai rakyat Malaysia yang masih menyokong budaya LGBT yang akhirnya membenarkan perkahwinan sejenis itu diadakan.

 

Tidakkah mereka terfikir bahawa perkahwian sejenis itu dimurkai oleh Allah s.wt bagi umat islam,manakala bagi bukan islam pula ia sesuatu yang lebih teruk dan sesuatu perkahwinan yang tidak diiktiraf tuhan.

 

Malangnya, masih ada yang menyokong budaya ini yang boleh membawa kepada keruntuhan moral dan tamadun.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*