Ramalan Artis Perlawanan Bola Sepak JDT Vs Kedah

Share This:

 

Kehangatan Piala Malaysia semakin terasa menjelang perlawanan antara Johor Darul Ta’azim dan Kedah yang dinanti-natikan pada esok November 2017,bukan sahaja kaki bola, perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam juga disokong oleh selebriti tempatan.

 

Tambahan lagi,mereka sudah meramalkan mengenai pertembungan antara pasukan lawan merah dan harimau selatan.

 

Menurut sumber,antara ramalan selebriti penyanyi Af Akim Ahmad berkata Jdt bakal menjaringkan gol 2 mata manakala Kedah 1 mata .Beliau juga turut memberi semangat kepada pasukan Jdt supaya meneruskan usaha di atas padang dan tidak perlu risau kerana anak Jati Johor sentiasa menyokong pasukan tersebut.

 

Manakala penyanyi Khai Bahar,kelahiran anak Perlis itu pula tidak tahu untuk meramal pasukan mana yang bakal memenangi perlawanan itu dan menjangkakan perlawanan tersebut menjaringkan gol dua mata dan satu mata,namun tidak menjangkakan siapa yang bakal mendapat tempat itu.Bagaimanapun,Khai memberi semangat kepada semua pasukan supaya melakukan yang terbaik.

 

Penyanyi Ayda Jebat juga tidak menjangkakan siapa yang bakal menjuarai perlawanan itu begitu juga Dayang Nurfaizah,namun mengikut ramalan penyanyi Ayda Jebat berkata dari segi keselurahannya mungkin JDT yang bakal mendapat dua mata,manakala kedah satu mata dan juga memberi semangat kepada pasukan supaya lebih berhati-hati dan tidak menimbulkan pergaduhan.

 

Muhammad Azmir Selamat atau panggilan Ag Azmeer yang juga merupakan seorang penyampai radio dan pengacara TV terkenal di Malaysia. Beliau yang merupakan anak jati negeri Johor Darul Takzim itu sudah semestinya menyokong pasukan JDT dan meletakkan JDT tiga mata,manakala kedah mendapat dua mata yang diramalkan bagi perlawan bola Sepak esok yang akan diadakan di Stadium Shah Alam.

 

All the best’┬ápasukan JDT,and all the best┬ájuga pasukan Kedah,yang penting JDT dan juga kedah bersaing untuk piala Malaysia,so apa yang saya dan penonton mahukan adalah satu perlawanan yang hebat dan juga perlawanan yang bersih,juga kepada penonton-penonton Jdt dan juga Kedah”,katanya.

 

 

Artis Ronnie Husin yang turut memberi sokongan kepada Johor mengajak semua penonton supaya turun ke Stadium Shah Alam pada 4 November yang akan diadakan esok dan beri sokongan yang sepenuhnya kepada pasukan kesayangan,JDT.

 

Selain itu,penyanyi Hazama pula lebih menyokong pasukan Kedah,memandangkan penyanyi itu kelahiran perak yang bersebelahan dengan Kedah.

 

Bagaimanapun,menang kalah adat sesuatu perlawanan,diharapkan semua pasukan perlu melakukan yang terbaik bagi perlawanan piala Malaysia ini.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*