Princess Mandagie – Jovian Bagi ‘Hint’ Nama Anaknya

Share This:

Baru sahaja bergelar seorang bapa, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie masih belum menguar-uarkan apakah nama kepada puterinya itu. 


Namun, menerusi laman Instagram miliknya, Jovian seakan memberi hint kepada para peminat siapakah nama anak perempuannya itu nanti. Yang pasti, satu nama yang sangat special. 


Katanya selepas 7 hari, dia akan memberitahu namun buat masa ini hint yang diberikan ialah bermula dengan huruf ‘J’.

Dalam pada itu, Jovian menggelarkan anaknya pada masa ini dengan nama Princess Mandagie. Wow!


Manakala di ruangan komen ramai yang berteka-teki dan turut mencadangkan nama yang indah-indah.


Ini termasuklah Jemima, Jovina, Jannah, Juliet dan sebagainya. Ruang tersebut juga dibanjiri dengan ucapan dari kalangan peminat Jovian sendiri. 

Untuk rekod, Jovian dan isterinya Nina Ismail Sabri telah melangsungkan perkahwinan pada Disember 2013.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*