Pemimpin Putera MIC Sampaikan Intipati Bajet 2018 Kepada Nelayan PD

Share This:

Semalam, Ketua Putera MIC Bahagian Rasah, Dineshwaran T Rajagopalu bersama-sama dengan pemimpin masyarakat setempat di Port Dickon iaitu Pengerusi Persatuan Pembangunan Masyarakat Negeri Sembilan Mohd Aryan Kailash dan Ahli Jawatankuasa Kampung Paya Hishammudin Abdul Manap meluangkan masa untuk turun padang dan beramah mesra dengan masyarakat nelayan.

Rombongan bertemu rakyat di peringkat akar umbi itu turut menyerahkan bantuan berupa barangan keperluan harian serta mereka turut mendengar masalah yang membelenggu mereka yang mencari rezeki sebagai nelayan dan tinggal di perkampungan nelayan di daerah Port Dickson.

“Saya juga menjelaskan berkenaan Bajet 2018, dan apa yang telah dirangka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk golongan nelayan,” katanya dalam wawancara bersamanya.

Mereka melawat di rumah empat orang nelayan di Perkampung Nelayan Kampung Paya dan satu di Taman Seri Tanjung.

“Saya kagum dengan seorang nelayan bernama Encik Zaidi bin Malik yang hari ini (semalam) memulakan perniagaannya menjual ikan sejuk beku dari rumahnya dan saya turut membantu dalam jualan.

“Beliau gembira apabila saya hadir berkongsi kegembiraan jualan hari pertama perniagaannya,” katanya.

Dineshwaran turut bertemu dengan seorang lagi nelayan iaitu saudara baru dalam Islam Nor Aiman Ong Abdullah yang turut mengenali mendiang bapa Dineshwaran.

“Beliau begitu gembira bertemu dengan saya serta memaklumkan beliau mengenali ayah saya Mendiang Datuk T Rajagopalu dan beliau pernah bekerja rapat dengan ayah saya di Taman Seri Tanjung mengatasi masalah rakyat.

“Saya turut kagum dengan Nor Aiman kerana beliau melakukan kerja separuh masa mendapatkan pendapatan lebih dengan membuat perangkap ikan dan ketam untuk nelayan termasuk membaikinya,” kata Dineshwaran.

Beliau yang juga Penasihat Putera MIC Bahagian Teluk Kemang turut komited dalam lawatan itu untuk merujuk masalah yang komuniti nelayan hadapi ke pihak Jabatan Perikanan untuk dicari penyelesaian yang sesuai.

“Saya berharap pihak pegawai jabatan akan turun padang dan bertemu dengan nelayan-nelayan ini untuk menyelesaikan masalah seperti apa yang Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Datuk Seri Utama Mohamad Hasan lakukan bukan menunggu nelayan datang ke pejabat kerana mereka terpaksa bertungkus lumus untuk bekerja untuk memberikan kita bekalan makanan dari ikan,” kata Dineshwaran.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*