Padah Cabul Dan Jilat Seluar Dalam Amah, Majikan Masuk Jel

Share This:

Seorang majikan yang sudah berusia 51 tahun dipenjara selama 14 bulan 2 minggu selepas didapati salah mencabul dan menghina kehormatan pembantu rumahnya.

Saffie Supa’at didakwa selamba menyentuh punggung, selain rakus mennjilat seluar dalamamah berusia 23 tahun tersebut.

Portal mediacorp.sg melaporkan, Saffie, yang pernah bertugas sebagai pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura, tapi kini tidak bekerja, didapati bersalah oleh mahkamah.

Mangsa mula bekerja sejak 14 Disember 2015 tetapi hanya mula dicabul buat pertama kali selepas tiga minggu kemudiannya.

Perbuatan jijik tersebut dilakukan  semasa isterinya keluar bekerja. Amah tersebut pada mulanya mengambil tindakan untuk mendiamkan diri kerana takut dan tidak ingin menjadi perosak rumah tangga majikannya.

Walau bagaimanapun, isteri Saffie menemui nota meminta pertolongan dari amah tersebut namun tidak mempercayainya.

Pada 1 Februari 2016, mangsa melarikan diri ke Sekolah Rendah Hougang Singapura di mana mangsa bertemu rakannya, pembantu rumah yang lain, dan memfailkan aduan polis.

Dua lagi tuduhan mencabul mangsa dengan menayangkan alat kelaminnya turut diambil dalam pertimbangan semasa pembicaraan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*