#HinaBugis : Syed Saddiq Biadab, Berani Tegur Sultan Selangor

Share This:

Anak muda sekarang sudah berasa diri mereka hebat dan tahu serba serbi sampai Sultan pun sanggup ditegur seperti ketua sesebuah negeri itu adalah orang tidak berilmu.

Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berani sungguh menegur Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda bertitah bahawa baginda murka dengan Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad yang menghina kelompok etnik keturunan Bugis sebagai lanun.

Menurut dia, Dewan di-Raja Selangor telah salah faham kenyataan Mahathir dalam isu itu. Adakah Syed Saddiq ingat Sultan Sharafuddin hanya membaca dan meneliti di satu peringkat sahaja kemudian sudah membuat teguran itu kepada Mahathir? Sudah pasti baginda sudah merujuk pihak Istana yang membantu Tuanku untuk memahami isu itu.

Ketika perhimpunan haram Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi itu pula, orang ramai jelas mendengar ceramah Mahathir yang mengatakan Bugis lanun dan entah bagaimana keturunan Bugis boleh sesat di Malaysia.

Kata Syed Saddiq, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada terpalit dengan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah. Di mana buktinya yang betul-betul bukti dengan fakta bukan bukti yang direka cipta oleh pembangkang.

Sultan Selangor setelah berbincang dengan para ahli Dewan di-Raja Selangor, memandang serius, murka dan amat kecewa dengan petikan ucapan Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Apa yang dititahkan oleh baginda itu adalah benar kerana itulah niat Mahathir kalau boleh tidak ada keturunan Bugis akan jadi Perdana Menteri di Malaysia selepas ini. Mungkin Mahathir mahu mamak jadi Perdana Menteri.

Bagi baginda, sudah tentu begitu mendalam penelitian yang baginda lakukan dalam hal ini kerana ia perlu disiasat dengan teliti sebelum sesuatu kenyataan rasmi dikeluarkan terhadap Mahathir.

Soalnya, jika begitu marah dengan Najib kenapa mahu kritik etnik bangsa sampai nama Bugis pun disebut. Cakap sahaja apa kesalahan dan kemudian beri cadangan yang boleh diambil untuk memperbaikinya bukannya secara tiba-tiba mengejek keturunan orang lain.

Apapun, tindakan Syed Saddiq menegur Sultan Selangor dalam surat terbuka di portal Malaysiakini dianggap sebagai biadab kerana baginda menasihat dan menegur Mahathir supaya disiasat. Apa hak Syed Saddiq untuk masuk campur dalam hal ini?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*