DAP Pulau Pinang Bentang Bajet Defisit 2018

Share This:

 

Kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi membentangkan bajet defisit buat tahun kesembilan berturut-turut, yang bertemakan Belanjawan Marhaen.

 

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata keseluruhan Bajet Pulau Pinang 2018 bernilai RM 1.25 bilion dengan defisit RM748.5 juta,berbanding RM667.1 juta bagi tahun lalu.

 

Menurut sumber,katanya, bajet defisit ketara itu berpunca daripada pindahan RM600 juta Akaun Hasil disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan untuk pembiayaan projek pembangunan yang dirancang berjumlah RM684.97 juta.

 

“Perbelanjaan Mengurus langsung adalah sebanyak RM652.30 juta dengan anggaran defisit RM748.54 juta dijangka dalam Bajet 2018 akan dibiayai daripada Simpanan Terkumpul negeri.

 

“Hasil negeri bagi tahun 2018 dijangka tidak meningkat, namun kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan dalam mengekalkan perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan negeri supaya masih sama dengan anggaran tahun 2017,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada hari ini.

 

Guan Eng berkata, anggaran perbelanjaan Mengurus kerajaan negeri bagi tahun 2018 ialah sebanyak RM652.30 juta dan nilai defisit dapat dikurangkan kepada RM148.54 juta, sekiranya pindahan RM600 juta daripada Akaun Hasil Disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan dikecualikan.

 

Selain itu, katanya, kerajaan negeri menganggarkan hasil boleh dikutip berjumlah lebih RM503 juta, iaitu jangkaan jumlah hasil yang kurang berbanding tahun semasa pada 2017.

 

“Ini kerana sumber hasil kerajaan negeri terhad dan tiada punca hasil baharu, kutipan hasil daripada faedah pelaburan yang dijangka menurun disebabkan penurunan bayaran dividen dan kadar faedah simpanan tetap.

 

“Ia sekali gus menyumbang kepada anggaran hasil negeri yang kurang bagi tahun 2018,” katanya.

 

Beliau berkata, cadangan bajet pembangunan negeri bagi 2018 berjumlah lebih RM684 juta mencatatkan penurunan RM202.46 juta atau 22.81 peratus, berbanding jumlah Bajet Pembangunan sebanyak RM887.44 juta, pada 2017.

 

“Penurunan ini disebabkan pengurangan kemudahan pinjaman disediakan kerajaan negeri kepada Badan Berkanun negeri, iaitu sebanyak RM350 juta bagi tahun 2018, berbanding RM639 juta disediakan pada tahun 2017,” katanya.

 

Guan Eng dikatakan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi perlindungan lereng bukit serta kajian perubahan iklim, khususnya pertanian haram.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*