Clare Cuba Dolak Dalih, Tuduh Mendiang Kevin Morais Pula

Share This:

Apa tujuan Editor Sarawak Report (SR) Clare Rewcastle Brown mendakwa Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Morais menghantar kepadanya draf pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan draf itu sudah pun disahkan palsu oleh pihak berkuasa.

Malahan, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengumumkan bahawa kematian Kevin ada kaitan dengan siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak terlibat dengan siasatan kes itu.

Clare membuat dakwaan berkenaan dalam pernyataan pembelaannya terhadap saman fitnah yang difailkan ke atasnya di United Kingdom oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Adakah kerana Kevin sudah meninggal dunia, Clare mahu menamakan Kevin memandangkan beliau sudah tidak ada untuk menafikan dakwaan itu.

Clare juga berbohong menyatakan bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dipecat dari jawatan pada 27 Julai 2015 tetapi ditamatkan jawatan ekoran masalah kesihatan yang dialami beliau yang disahkan sendiri oleh Abdul Ghani.

Dalam kenyataan Mohamed Apandi, Kevin telah dipindahkan kembali ke Jabatan Peguam Negara pada awal Julai 2014 dan pada ketika itu, tidak ada sebarang laporan dibuat mengenai 1MDB.

“Defendan (Rewcastle-Brown) telah menerima draf pendakwaan dan maklumat berkaitan rancangan untuk mendakwa Najib dan pemecatan (Gani) pada hari setelah pemecatannya dari pendakwaraya, Kevin Morais,” menurut pernyataan pembelaan yang dilihat oleh portal Malaysiakini.

Sejak awal, apa sahaja artikel dan laporan berkaitan 1MDB yang dikeluarkan oleh SR tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai bukti serta fakta yang kukuh.

Untuk membela diri, Clare boleh berkata apa-apa sahaja memandangkan sebelum ini pun laporan SR berkaitan 1MDB hanya berdasarkan dokumen yang diubahsuai serta yang palsu.

Perbicaraan saman ini masih di peringkat awal di fasa pembelaan Clare dan selepas ini pihak mahkamah akan membuat keputusan apabila segala prosiding telah selesai.

Sehingga hari ini bekas Presiden Majlis Peguam, S Ambiga masih berdiam diri apabila Clare menyebut namanya sebagai sumber yang memberikan maklumat berkaitan dana RM90 juta yang didakwa SR diberikan oleh Najib kepada PAS.

Banyak yang lebih mencurigakan dari kebenaran jika melibatkan Clare dan sampai ke hari ini pun, dia tidak berani datang ke Malaysia untuk menjawab semua pertanyaan dan dakwaan berkaitan apa yang dilaporkan memburukkan Malaysia menggunakan portal SR.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*