Bertunang Tu Rupanya Gimik Semata-Mata

Share This:

Kecoh dibuatnya bila dikatakan pasangan pelakon Fazura dan juga Fattah Amin bakal bertunang akhirnya.


Namun, korek punya korek rahsia rupanya bukanlah bertunang betul-betul. Fazura sendiri mengakui ia hanyalah sekadar gimik dan publisiti yang dicipta untuk drama Wanita Terindah. 


Malah, menurut Fazura dia tidak berani pun bercerita mengenai jodoh seperti yang dilaporkan Harian Metro.

“Apabila drama ini ditayangkan, banyak pula cerita keluar termasuklah fasal bertunang. 

“Apa boleh saya katakan ini sekadar gimik pihak pengurusan saya dan Fattah. Mungkin ini cara publisiti mereka,” katanya.


Dalam pada itu, Fazura telah mencipta sejarah tersendiri bila album sulungnya sudah pun terjual 5,000 unit!


Album berjudul Fazura itu sekaligus melayakkan penyanyi ini menerima anugerah emas daripada Universal Music Malaysia. 


“Alhamdulillah, ini adalah rezeki dan rahmat Allah. Saya tidak menjangka album sulung ini mendapat sambutan luar biasa walaupun baru dilancarkan.

“Ini satu lagi pencapaian tertinggi dalam kerjaya nyanyian saya. Walaupun sebelum ini ramai mengkritik dan menghina keputusan saya untuk jadi penyanyi, kejayaan ini membuktikan saya bukan syok sendiri.

Foto Carian internet

“Saya percaya apa saja yang diperkatakan orang baik atau buruk, ia tetap satu doa. Terima kasih atas semua sokongan peminat yang diberikan selama ini,” katanya lagi. 


Fazura juga dilihat menitiskan air mata pada majlis pelancaran itu kerana terharu usahanya menapak dalam bidang nyanyian tidak sia-sia.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*