Bahana Pukul Isteri Kuat Membebel, Suami Masuk Penjara

Share This:

Bahana pukul isteri, seorang tukang rumah dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu.


Menurut laporan Kosmo,  Harun Talib, 56, memukul isteri pertamanya itu hingga cedera di bibir gara-gara mangsa kerap membebel.


Mengikut pertuduhan, Harun didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan di bibir isterinya, Miss Maehyae Sani, 53, di sebuah rumah di Lot 280, Jalan Sri Cemerlang di sini kira-kira pukul 11.15 malam pada 28 Oktober lalu.

Foto: Harian Metro

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memukul mangsa beberapa kali di kepala dan mukamenggunakan tangan sebelum dihalang oleh jirannya.


Hasil sisatan mendapati mangsa kerap membebel selepas tertuduh tidak adil dalam membahagikan masa bersama mangsa dan isteri keduanya.


Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 Akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Tertuduh memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahan selain perlu menyara anak dan dua isteri.


Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa selepas dipukul berkali-kali.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*