Apa Pendirian Azmin Dalam Kemurkaan Paduka Tuanku Sultan Selangor?

Share This:

Bagi kalangan orang Melayu yang kuat jati dirinya, andai kata mereka mendengar kemurkaan seseorang Paduka Sultan, pasti akan gentar hatinya. Malah, kemurkaan Paduka Sultan bukan satu perkar ayang boleh di buat main atau dipersendakan. Pastinya ada perkara yang tidak diperkenan oleh Baginda Tuanku sehingga menyebabkan kemurkaan Kebawah Duli Baginda.

Inilah yang berlaku apabila Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj murka dengan penghinaan yang dibuat oleh Pengerusi PPBM dan juga Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap etnik Bugis semasa menyampaikan ucapannya di dalam Perhimpunan Sayangi Malaysia, Anti Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, 14 Oktober yang lalu.

Dalam ucapan berkenaan, Mahathir telah mengusir etnik Bugis keluar daripada Malaysia kerana dakwanya etnik berkenaan adalah lanun. Dipercayai, ucapannya itu ditujukan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang diketahui umum berketurunan Bugis. Hal ini bukan sahaja membangktkan kemarahan warga Bugis di negara ini malah ianya juga menimbulkan kemarahan warga Bugis di Sulawesi.

Melihat kepada kemurkaan Paduka Sultan Selangor berkenaan, timbul persoalan, apakah pendirian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam hal ini? Adakah Azmin akan memilih untuk menyebelahi Pengerusi Pakatan Harapan yang juga pengerusi PKR, parti yang di anggotainya? Adakah Azmin akan memilih untuk menyokong dan menyebelahi Sultannya?

Menariknya, sepanjang berlakunya ketegangan antara Mahathir dan etnik Bugis akibat keceluparannya, Azmin lebih banyak mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang komen. Malah Azmin diliha cuba untuk mengelakkan diri dari dikaitkan dengan himpunan ataupun kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir.

Melihat kepada reaksi Azmin ini, mudah untuk disimpulkan bahawa Azmin akan sekali lagi memilih untuk mendiamkan diri dari mengulas tentang perkara ini. Namun begitu, sekiranya Azmin memilih untuk bertindak demikian, adalah satu kerugian buat rakyat Selangor apabila Menteri Besar yang sepatutnya berada disisi Sultannya dikala Paduka Tuanku berduka atau murka, memilih untuk menjauhkan diri dari Sultannya.

Pastinya Azmin enggan melukakan hati bapa angkatnya kerana jika dia memilih untuk menyebelahi Sultannya, dia akan dilihat melawan ketuanya di dalam Pakatan Harapan. Namun begitu, pastinya ramai dikalangan rakyat Selangor ternanti-nanti, apa tindakan dan ulasan Azmin berhubung kemurkaan Sultannya. Adakah Azmin memilih Mahathir atau Azmin menyebelahi Sultannya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*