Sultan Selangor Murka Tun M Hina Keturunan Bugis

Share This:

 

Pada Himpunan Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya,yang dilakukan baru-baru ini Mahathir dilaporkan telah membuat penghinaan terhadap keturunan Bugis dengan menggelarkan mereka sebagai sebuah keturunan lanun dan pendatang.

 

Sehubungan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berbincang dengan Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor pada 2 November 2017 dan memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Mahathir itu.

 

“Berdasarkan rakaman klip video ucapan berkenaan yang telah tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Tun Dr Mahathir itu dikatakan jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah,” kata kenyataan akhbar Sultan Selangor.

 

Menurut sumber,pihak Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan Mahathir itu boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga mampu mencetuskan kekecohan dan huru hara.

 

Kenyataan ini dikeluarkan kerana menurut sejarah, Kesultanan Selangor merupakan berasal dari keturunan pahlawan Bugis yang memperjuangkan dan mempertahankan agama serta keamanan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara sejak dahulu lagi.

 

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih tidak mahu menurunkan egonya untuk memohon maaf kerana menghina keturunan Bugis pada 14 Oktober menunjukkan sikap umpama lebah membuang sengat.

 

Pihak Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor juga menasihati Pengerusi Pakatan Harapan itu agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

 

Dalam masa yang sama, Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor juga berpandangan bahawa Mahathir wajar disiasat dan diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*